Followers

Friday, February 4, 2011

Puding Triffle

.

.

Salam semua.

Sebelum terlambat CE nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina dulu buat rakan-rakan blogger....and hepi holiday lorrr....:))

Hari ni hari Jumaat, Terengganu cuti lagi yea...harap maklum. Tapi, cuti ke tak cuti ke...semua tu sama aje bagi CE sebab haku ni bukannya bekerja punnn....24 hours/7 days cuti kauu....kah kah.

Oke. Since..tak ada nak buat apa kat umah di hari raya cina...CE cuba menerai buat puding triffle ni. Dah lama sangat tak makan. Sejuk-sejuk sedap jugak masuk tekak...ihiks!

Hajatnya nak merasa semulut...dua mulut aje...tapi tak kan la nak tinggal-tinggal bahan yang dah buka tu...so, kena la habiskan buat semua...phewww...

Opps! sebelum tu...CE baru terperasan...kebelakangan ni..entry asyik nak emo jekk kan?...feeling-feeling sedeyy gituuu....adoiii...hati sedang gundah-gulana kekdahnya uols...:((

Cuba tuk menghepikan diri dengan mencuba resepi masakan.....boleyy kann....ho ho


semangkuk besar...tak tahu la saper yang nak habiskan semua nih...:((



kunun-kunun nak kasi deco macam dalam blog masakan tu...
dalam gelas...sekali hampehhh jek hasilnya...kah kah


Ini lah hasilnya yang tak seberapa itewww....dah rasa satu dua mulut.....hmmm...terasa muak la pulok !

Ke haku yang tak reti nak buat??? hak hak hak...

Resepinya....korang boleh tengok kat sini.... Tak koser nak menaippp....

Gara-gara terpengaruh dengan triffle kak ummi ni....terus je nk ter'buat'...ha ha

Tapi CE tak de la ikut 100% resepi tu....buat mana yang ada kat dapur je...janji ada la rupanya triffle tu..keh keh keh..

Jadi ke..tak jadi ke...itu belakang kira...asalkan dah mencuba..heh heh

Kalau uols nak buat jangan manis-manis yea...nanti boleyyy potong kaki daaaa.....ngheeee~


.

.

Wednesday, February 2, 2011

Sayu Di Hati

.

.

Sedikit busy 4 hari baru-baru ni.

Kakak sulung CE ada balik. Balik cuti CNY katanya. Tapi sedikit awal dari orang lain. He he..

Tapi tak semua yang balik, hanya 3 beranak saje. Yang lain berada di asrama.

Pagi semalam kakak balik semula ke KL. Bergegas ke Bentong kerana ada perjumpaan IbuBapa pelajar PMR.

Ya. Anak keduanya (perempuan) bakal hadapi PMR tahun ini.

Sebelum berangkat pulang ke KL...Ada sedikit adengan di antara abang ipar dan ayah CE.

Semua terdiam dan senyap. Abang ipar yang CE panggil Abang Ma menangis sebak ketika bersalam-salaman dengan ayah.

Dipeluknya ayah dengan erat dan menangis sebak di bahu ayah. Lama.

Situasi pertama kali yang pernah CE lihat dalam hidup. Semua yang ada kelihatan sayu.

Anak bongsu kakak pun tergaman dan kepelikkan....budak-budak selalunya jujur dalam pertanyaan.

"ayah.....kenapa ayah nangis....?"

"kenapa ayah ?"

Berkali-kali diulangnya pertanyaan itu....

Abang ipar CE diam saje. Tiada jawapan.

Ayah cuba tenangkan dan nasihat Abang Ma. Bagaikan bapa dan anak kandung.

Anak kandung dan menantu dianggap sama sahaja di dalam family CE. Tiada prejudis. Adil dan saksama.

CE tak tahu apa yang berada difikiran Abang Ma ketika itu. Sedih sangat-sangat. Seolah-olah tak nak lepaskan dari pelukan ayah CE.

Apa yang boleh CE agak...dia terlalu rindukan arwah ayahnya. Terlalu rindu. Sebab itu dia lepaskan kerinduan itu pada ayah CE. Kami semua faham disitu.

Dia orang yang paling rapat dengan arwah. Dan ketika menerima berita kematian arwah tahun lepas, Abang Ma pengsan. Bayangkan la...orang yang kita jaga ketika sakit selama ini tiba-tiba meninggal bukan dihadapan kita. Tiap-tiap minggu dia pulang menjaga arwah di hospital N9. Soal kerja di tolak ketepi walaupun busy.

Dan ditakdirkan arwah meninggal ketika abang ma dalam perjalanan pulang ke KL selepas menjaga arwah. Namun berita kematian itu dikhabarkan beberapa jam selepas dia sampai di rumah KL. Family dia takut dia terkejut. Lagi pun dia tengah  memandu. Bagi dia berehat dan bertenang di rumah dahulu.

Abang ipar CE ini sangat baik orangnya. Tak pernah nak berkira. Kuat bekerja. Mungkin kepala asyik duk pikir masalah bisness dan ditambah dengan teringat pada arwah...dia tak dapat nak kawal perasaan. Hilang tempat nak mengadu..

Al-fatihah buat arwah Hj. Abu Bakar. Semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.

CE sayang dengan kedua-dua orang tua CE...begitu juga dengan anda bukan..? :)





~Selagi hayat dikandung badan...Sayangilah kedua-dua orang tua mu.....~


.

.