Followers

Thursday, September 30, 2010

Buat Si Penggemar Kopi


Hi semua....
korang suka minum kopi tak?? 
Tak kira la kopi jenama ape pun..janji ianya kopi okeh..

Apa korang sangat suka?? 

What??? penggemar kopi tegar?? huyooooo...

Ok-ok..saje-saje buat terkejut di sini...:))

Baik lah hari ini saya nak share sedikit info mengenai kopi
bagi anda yang di luar sana...baca elok-elok tau...hehehe
korang jangan risau ya...semuanya info yang terbaik dari ladang...
tak de yang buruk-buruk..yang belum tentu kesahihan kajiannya...
info kali ini yang benar-benar belaka dari pakcik gugel ya...keh keh keh..


Mencegah penyakit saraf. 

Peminum kopi berkafein cenderung tidak akan mengembangkan penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kandungan antioksidan di dalam kopi akan mencegah kerusakan sel yang dihubungkan dengan Parkinson. Sedangkan kafein akan menghambat peradangan di dalam otak, yang kerap dikaitkan dengan Alzheimer.

Melindungi gigi. 

Kopi yang mengandung kaein memiliki kemampuan antibakteri dan antilengket, sehingga dapat menjaga bakteri penyebab lubang menggerogoti lapisan gigi. Minum kopi secangkir setiap hari terbukti dapat mencegah risiko kanker mulut hingga separuhnya. Senyawa yang ditemukan di dalam kopi juga dapat membatasi pertumbuhan sel kanker dan kerusakan DNA.

Menurunkan risiko kanker payudara. 
~pssstttt...ini info penting bagi kaum hawa ye~
Menjelang masa menopause, wanita yang mengonsumsi 4 cangkir kopi sehari mengalami penurunan risiko kanker payudara sebesar 38 persen, demikian menurut sebuah studi yang dipublikasikan di The Journal of Nutrition. Kopi melepaskan phytoestrogen dan flavonoid yang dapat menahan pertumbuhan tumor. Namun konsumsi kurang dari 4 cangkir tidak akan mendapatkan manfaat ini.

Mencegah batu hempedu. 

Batu hempedu tumbuh ketika lendir di dalam kantong empedu memerangkap kristal-kristal kolesterol. Xanthine, yang ditemukan di dalam kafein, akan mengurangi lendir dan risiko penyimpanannya. Dua cangkir kopi atau lebih setiap hari akan membantu proses ini.

Melindungi kulit. 

Konsumsi 2-5 cangkir kopi setiap hari dapat membantu menurunkan risiko kanker kulit nonmelanoma hingga 17 persen. Kafein dapat memacu kulit untuk membunuh sel-sel prakanker, dan juga menghentikan pertumbuhan tumor.

Mencegah diabetes. 

Orang yang mengonsumsi 3-4 cangkir kopi reguler atau kopi decaf (dengan kadar kafein yang dikurangi) akan menurunkan risiko mengembangkan diabetes tipe II hingga 30 persen. Asam klorogenik dapat membantu mencegah resistensi insulin, yang merupakan pertanda adanya penyakit ini.

 sperma “berenang” lebih cepat dan mampu meningkatkan kesuburan pria
~pssstttt...ini info penting bagi kaum adam ye~
Hal ini diumumkan para ilmuwan Brazil dalam pertemuan “American Society for Reproductive Medicine” di San Antonio, dimana pembicaraan utama berkisar pada efek ubat-ubatan terhadap kesuburan kaum adam.

Mengurangi derita sakit kepala. 

Penelitian menemukan kafein yang terdapat dalam kopi atau teh (dalam jumlah tertentu) sanggup menolong mengobati sakit kepala. Menurut Seimur Diamond, M.D., dari Chicago’s Diamond Headache Clinic. Penderita migrain dalam kategori ringan dapat disembuhkan dengan secangkir kopi pekat atau secangkir black tea. Jadi, sebelum mengkonsumsi ubat cubalah dulu sembuhkan sakit kepala Anda dengan minuman berkafein.


Sebenarnya banyak lagi info tentang kebaikan kopi ini..
tapi ini aje yang saya termampu sertakan...
penat nak melayan pakcik gugel ini okeh..haha

tentang keburukan kopi pula...saya pun tak berapa pasti
tak cari pula info mengenainya...
ishh...tak nak la share dalam blog ni..
takut la pula nak tahu..
sebab saya ni salah seorang penggemar kopi juga...keh keh keh

Sejak dulu saya sudah terbiasa dengan jenis minuman yang satu ini.
Lebih-lebih lagi ketika zaman studi dulu2.
Kopi lah mangsa saya tuk berjaga malam...huhu

Dalam sehari mungkin saya  menghabiskan secangkir kopi, 
pagi, petang, dan malam hari..
erkk..adakah ini boleh dikatakan sebagai penggemar kopi tegar??? 
entah la....saya pun tak pasti....hehe

Tapi yang paling tak bestnya...saya kebiasaannya diserang gastrik..
doktor pun dah pernah nasihatkan saya supaya kurangkan kafein (kopi)..
 dan bila diserang gastrik, mula la mak saya membebel sbb tidak berpantang makan minum..
alahaiii.....yang paling disukai dan digemari itulah kita tak boleh sentuh kan??
terpaksa la kurangkan meminum kopi dari sekarang
mungkin secawan sehari je...mungkin.......kot....
tp saya tak tahan bau aromanya lahhh.....
terasa nyaman sungguh okeh...:))



erghh..sungguh mengancam jiwa okeh

With love, 
 







hurmm...tersa pelik pula bila mengguna perkatan saya dlm entry kali ini...korang tak rasa pelik ker??? aku lagi pelikkkk...kahkahkah

Wednesday, September 29, 2010

Kenapa Perempuan Suka Ambil Gambar Sekerat??


Hi semua....
kalau korang baca title kat atas ni....
alahaiii macam kena kat batang hidung aku sendiri pun ada juga...
sebab aku pun suka ambik gambar sekerat jgk okeh....keh keh keh
yang ala-ala nya seperti begini...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 tadaaaaa.....cantik tak???
namun hakikatnya adalah seperti ini...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

erghhhh.......
dalam banyak-banyak gambar yang diambil
posing sekerat jugak lah yang paling diminati...hohoho
kalo boleh nak ambil bahagian kepala je...
badan jangan tunjuk kat orang......hahaha

* MALU !!!!!! *

punyer lah tak ada 'self confident' aku ni kan.....:((

Gambar itu hanyalah gambaran ttg diri aku je.....contoh okeyh...it's not me..
aku cari kat pakcik gugel ni haaa....sekali dpt yg ini...
ambik je ler tampal dalam blog...keh keh keh
aku pun tak tahu la....camner leh naik giler2 berat badan ni...
nak kata makan banyak tak juga...maybe hormon kot..
skrg ni dah la duk umah je...tak bergerak langsung okeh..
susah hati la juga...hari2 timbang tapi tak turun2 jugak..
orang lain bulan puasa berat turun berkilo-kilo
tapi aku???? cam hampehhhh je......:(((

pepe pun bersyukur je la kan......chubby itu sweet okeh....
asalkan tak ada penyakit kronik2 tu udah le...
nak turunkan berat badan tu buleh tapi nak kena usaha lebih la skit kan...
cuma aku je yang malehhhhh......diet main2.....heeeeee




Ini baru saya yang sebenar...pic kecik2 sudeyyy..
(hakikat yg cukup malu nk tayang muka kat dlm blog....erghh..T__T)
With love, 

 

3 Masalah Dan 3 Jawapan


Hi semua...
3 masalah dan 3 jawapan ini dah lama aku terima dalam email dari seorang sahabat..
 daripada biarkan aje, ada baiknya aku post kat dalm blog ni kan..
marilah kita renung-renungkan bersama ya....
*
*
*
*
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. 
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. 
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin?
Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan
saya..

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya 

2.Apakah yang dinamakan takdir 

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut
menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda :Tidak.

Kiyai :Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan
dari saya hari ini?

Pemuda :Tidak.

Kiyai :Itulah yang dinamakan takdir..

Kiyai :Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda :Kulit.

Kiyai :Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan. 



~RENUNG-RENUNGKAN...SELAMAT BERAMAL~


With love,
 

Tuesday, September 28, 2010

Awak...

Awak...
apa khabar awak di sana?
saya harap awak sihat dan berbahgia hendaknya
mungkin juga awak sedang berbahgia dengan si dia
 jika itu yang berlaku saya doakan awak dengan si dia
"semoga bahagia dunia dan akhirat"

Awak...
dari semalam lagi saya tak dapat tido
pejam celik asyik ingat kat awak je
awak pun mcm tu juga ke?
mungkin saya hanya bermimpi agaknya
jika awak tak dapat tido disebabkan saya

Awak...
sudah dua tahun kita berpisah
selama itu juga lah saya tidak melihat awak
selama itu juga lah saya tidak mendengar suara awak
tapi kenapa saya tetap tak dapat lupakan awak
makin cuba tuk melupakan
makin kuat pula ingatan saya pada awak
ermm....penangan sungguh cinta pertama saya ini

Awak...
awak ingat tak masa kita bersama dulu?
saya betul-betul jatuh cinta dengan awak
awak lah soulmate saya masa tu


terasakan awak bagaikan putera saya
dan saya pula puteri awak
awak, bahagianya saya masa tu

Awak...
setiap masa awak sms dan call saya
setiap malam kita akan begini
 berjam-jam lamanya
panas telinga pun tak apa


membicarakan soal hati dan cinta
walaupun saya tidak tahu apa itu cinta sebenarnya
jika saya ada masalah tentang pelajaran
awaklah pendengar setia saya
awak suruh saya bangkit
awak memberi saya kata-kata semangat
sungguh bertuah saya masa tu

Awak...
saya begitu teruja bila awak menyatakan ini kepada saya
awak berjanji dengan saya
malu saya dibuatnya
dalam hati saya berdoa awak lah jodoh saya
walaupun saya tahu famili tak berapa suka 


Awak...
kini semuanya sudah berlalu
memang kita tiada jodoh rupanya
dalam pada saya berhempas pulas 
dengan pelajaran di selatan tanahair
awak pula tetiba sahaja buleh jatuh cinta dengan si dia
patut la awak dah lama tak call saya
sms pun dah jarang
sebulan saya tunggu sebulan itu lah awak menjauhkan diri dari saya
bila saya tanya awak kata banyak kerja
kena kerja kuat tuk sara keluarga 
sebab awak anak sulung

Awak...
jangan ingat saya bodoh
saya tahu punca segala-galanya
awak dah ada orang lain rupa-rupanya
bila segala temberang awak pecah
akhirnya awak mengaku
awak kata tak boleh nak teruskan hubungan ini
sebab saya tinggal jauh dan
tak boleh sentiasa bersama seperti pasangan lain
ya..memang saya jauh
tapi saya jauh sebab menuntut ilmu
itu semuakan untuk masa depan kita juga..

Awak...
awak tahu tak...prempuan tu merayu supaya lepaskan awak
terkedu saya...saya tak tahu nak buat apa
kusut dibuatnya...pelajaran saya terabai
awak hanya mampu berdiam diri 
membiarkan cinta tiga segi ini berlarutan
membiarkan pertelingkahan di antara kami terus berlaku
betapa dayusnya awak..!!

Awak...
akhirnya saya mengalah
sebab saya tahu tak guna saya terus pertahankan awak
sebab awak memilih dia dan bukannya diri saya
ada baiknya saya tumpukan pelajaran saya
sebab saya nak capai cita-cita saya
cinta dunia hanya sementara
ada cinta yang lebih hakiki
iaitu cinta pada-Nya

Awak...
alhamdulillah...saya kini makin hampir ke tahap itu
menggenggam segulung ijazah yang diimpikan selama ini


walaupun kita tak dapat bersama 
meraikan detik-detik kejayaan itu
saya tetap berterima kasih kepada awak
sebab awak pakar penasihat dan motivasi saya
kalau tidak kerana kata-kata awak
belum tentu saya dapat merasa dan capai semua ini

Awak...
terima kasih di atas segala-galanya
walaupun hanya sementara kebahagiaan itu
awak tetap berada di dalam ingatan saya... :)


With love,

 

Saturday, September 25, 2010

Pabila Si Jakun Terjumpa FB


Hi semua...
Hari ini marah betol aku
semuanya gara2 hamba Allah yang sorang ni...
rasa macam nak hempok2 pun ada dengan dia ni tau...
aku tensen okeyh!

Aku namakan dia "Si Jakun"
1stly sori la aku gunakan nama ni...
xde niat nak memperlekehkan mane2 keturunan pun..
just nama samaran je tuk hamba Allah ni....
kalo dia terbaca entry ku ini...dipersilakan
Ada Aku Kesahhh??

Si Jakun ni merupakan member old skool aku 
aku xde la rapat mane dgn dia ni dan tak knl sgt pun
maybe berlainan jantina kot..
al-maklumlah..
dulu time skolah aku ni jenis pemalu plus pendiam orgnyer...
xde sgt nk berkawan2 dgn org.....kehkehkeh

Okey...dipendekkan cerita...
Si jakun ni ada la add aku dlm FB
ala...aku rs semua org rata2 ada memiliki account FB kan?
yelaa...anak buah aku yg berumur 6 thn dan bersekolah rendah pun ada FB tau
siap bley chitchat lg dgn cikgu dorang...
melayan pulak si cikgu2 ni ek..kahkahkah
tak pe...mesraaaaa giteww.....:))

Dan oleh krn si jakun ni dh add aku
nak tak nak aku approve juga la kan...
(ohh ya..sblm approve, aku check dl identiti s'org tu...takut org slh guna kita je..)
kawan lama katanya....dan ramai jgk la member2 old skool aku jd friend dia ni..
so slps approve sesi temuramah diadakan antara si jakun dan aku
byk jgk la pertanyaan...konon2 nak dptkn kembali ingatan masa lampau
dan kat dalam FB skrg ni pun dah jadi mcm satu  trend tuk berjumpa kembali kwn2 lama kn..
agak bagus dan berguna la jg FB ni disitu kn...

tak lama kemudian...aku pun mcm biasa la duk layan FB aku kan..
post status...bg komen..baca status org...dan mcm2 lah yg aku buat ngn Fb ni..
tiba2 aku dikejutkan dgn satu fenomena.....
 ( agak bengang di sini sbnrnya...grrr )

mula2 aku buat2 biasa aje...alahh member2..tak kisah kot..
so aku biarkan aje kelakuan si jakun ni kt wall aku
kdg2 aku bls la juga komen dia tu kn....kata member lamaa kn...kahkahkah
lama-kelamaan, aku jd naik muak plus meluat okeyh!

Korang tahu tak si jakun ni buat aper kat wall aku???

Meh sini rapat2...mari dekat.....mariiii.....aku nak citer ni...
dia ni dah menyalahgunakan wall aku okeyh
setiap kali aku post status or bg komen 
si jakun ni mesti gatal tgn je nk click "like" kt wall aku ni
skit2 nk "like".....erghh..
aku komen "hahaha" pun dia nak "like" even benda tu xde kaitan langsung dgn dia
ahhh...gilerrr ke haperrr?? Tensen dhowww......
dia ingat joke sgt ke buat camtuhhhh??
ke nak org lain ambik perhatian kt ko tuh??
naik berpinar mata aku ni duk nampak nama dia je kt wall aku.....grrr...
kdg tu  dia post kt wall aku ntah pepe ntah....
dan yang aku paling tak bleh nak blah ttg si jakun ni
dia ada ambik link profile aku and then post link tu kt wall dia
terkejut beruk jgk la aku bila click link tu tak pasal2 kuar ttg aku kn...
bila aku tanya link ape tu dan kenapa kuar ttg aku
eiiiii...bleh plak si jakun tu duk gelak2 sampai x hinggatttt dunia kot..
 ini sudey lebeyyy okeyhh!
abis hilang privacy aku...! yang ko duk jaja profile aku tu pe kes hah???

Oleh krn dh terlalu byk "like" si jakun ni kt wall aku...
korang tahu ape yang jadi????
byk pula la notifications si jakun ni naik kt fb aku..
dalam email ape tah lagi kan....
boley pengsannnnn aku duk delete segala bagai notification dia tuhh...
banyak tak hinggatttt dik non oiii....
satu keje plak aku duk hadap benda tuhhh! arghhh...

aku bknnya tak suka application "like" tu 
dan bukan nak sekat sape2 yang suka meng"like"
aku alu2kan semua org okeyh.....tp si jakun tu mmg tak reti bahasa kot...
sbb aku dh ckp kat dia elok..alasan dia, 
dia tak tahu nak komen ape..so "like" je lahh
Helloooooo....aku tak harap pun ko komen status aku okeyhh..
menyemak de ler dgn komen2 gile ko tuh...buat sakit hati ada lah...

cuma aku nak pesan skit la kat si jakun tu....itu pon kalo ko baca lah kan...

Bukan semua kelakuan kita tu orang lain boleh suka dan terima (harap2 ko paham disitu..)
kalo nak suka suki mengisis masa lapang ko tu dgn click "like"
....sila ke wall org lain.....jgn nak over kat wall aku..
last2 aku remove and block ko terus dari fb aku kan..
baru puas hati aku okeyhh..
pastu agak2 ko ni baru terjumpa FB kot.....aku agak je la kan..
pengsannnnnnnn.....!

nama yang sdg "like" tiada kena mengena dalam ini cerita okeyhh...harharhar

p/s: aku bukan nak cari pasal dgn member2 lama....tp kelakuan hidup kita ni ada batasnya la kan..aku tak ckp yg aku ni baik dlm segala bagai kekadang tersilap langkah juga...cuma saling nak mengingati sesama insan......selamat beramal okeyh~


With love, 
 

Thursday, September 23, 2010

Konvokesyen UTHM ke-10 (part 1)


Konvokesyen UTHM ke-10
Tarikh : 11 Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 7.15 am ( sidang 3) 
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
Kursus : BFF - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian 

Pejam celik..pejam celik.....dah nak grad dah pun aku ni rupanya...
rasa maca tak percaya pun ada....
satu perasaan yang sukar nak digambarkan
Happy ker?? entah la....
Sedih?? ermm...tak juga..
 cuma ttak berapa nak excited...sbb blom bekerja...itu aje...T_T

Alhamdulillah...bersyukur dgn apa yg aku perolehi ini...
bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..
 banyak liku-liku hidup yang perlu dilalui...
abis sijil 2 thn terus smbg diploma 2 thn
lepas tu ambik kursus INSEP 1 thn 
keje ngan IBUZAWA CORP. kt site Kempas JB (mcm2 interview aku pi time ni..)
cuba nasib mtk smbg degree
alhamdulillah dapat
then, belajar 3 thn in civil engineering 
(ms ni mcm nk pecah kepala otak...sbb tak berapa pandai kn...huhuhu...)

Akhirnya......berjaya Grad bulan Oktober nanti....syukur sgt2.....:))
Preparation : satu habuk pun tak buat lagi... adeiii..

"GUA TAHU ITU SIAPA" CONTEST


Hi semua......
dengan ini buat pertama kalinya sejak aku berblogging
aku telah join blog contest...hohoho
oleh kerana aku dijemput secara personally di FB..so aku pon join la..
org dah ajak secara baik..takkan kita nak kecewakan...tol tak?....hehe


sebuah contest yg telah dianjurkan oleh blogger Hamzah Ian

www.terbangtinggitinggi.com

Just teka je sapa kat sebelah dia tu pastu org tu ngah buat ape....

So jawapan aku ialah :-
"Aku rasa itu adalah BAPA kepada Hamzah Ian yang sedang menjamu selera kueh raya"
(sambil diperhatikan oleh beliau)
 
hahaha...terer tak aku Hamzah??? fuhhh...harap2 menang ler contest pertama ku ini..... 

Anda yang di tag adalah:-

 


okey...syarat-syarat penyertaannyer senang sahaja...
antaranya ialah:-
  1. Disebelah kanan gua ada orang misteri dan beliau melakukan sesuatu. Anda perlu meneka siapa orang misteri itu dan apa yang beliau buat dalam gambar tersebut.
  2. Buat satu entry dalam blog anda sendiri bertajuk "GUA TAHU ITU SIAPA" dan bagi jawapan anda. Jawapan hendaklah ringkas. 
  3. Entri anda perlu ada link http://www.terbangtinggitinggi.com/ dan juga gambar ini.
  4. Terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia tidak kira follower atau bukan follower
  5. Bila dah siap semuanya tinggalkan permalink entry anda dibahagian komen.
  6. Kalau ramai yang dapat teka dengan tepat peserta paling awal dan teka dengan tepat dapat hadiah.
  7. Tag 3 kawan blogger dan pastikan diaorang tahu anda tag. 
  8. Tarikh tutup 22 Oktober 2010. Keputusan pemenang diumumkan 23 Oktober 2010 di blog ini.. Hadiah akan diberi sebelum 26 Oktober 2010.  

dan selebihnya korang tgk la kt sini ek....(click the picture)
Good Luck to u all...okeyy...




okey la Hamzah....akak dah join contest ko ni.....
sila bagi menang yeee......keh keh keh....:))


with love,
 

Wednesday, September 22, 2010

Sila Tengok Header Baru


Salam semua..
Berkenaan tajuk di atas ini
anda-anda semua sila tengok "header" baru i okey..
header blog yang berjudul "Hmm Layankan Ajer"..
sesetengah org tu panggil benda ni banner..
hmm.....ikut suke deme ler nak panggil ape pon...
janji ada benda ni kt atas blog aku..ke keh keh...
walaupun nampak mcm kebudak-budakkan
tak pe la...janji i leh nampak muda wlpn umur dh tua...
arghh...gila perasan dah start dah!~......(- , -") 

hohoho.....mung-mung semua...
aku nok buat benda ni bukang main susoh agi...
sampai naik kerah bontot okey...
nok patoh pinggang aku yang tak berapa nok ramping ni..
mu tahu dok..???
fuhhh...ingat senang ke nok lukis semua tu
sbb aku ni xde ler expert mcm si aujinz empunya blog clueless mumble..

(pstt....aujinz..i tolong promete blog u ni..upahnyer maner?? hehe)

 tak pon mcm blog Realiti konspirasi yang ngah hot seantero tu..kuii3x
 itu antara blog yang aku follow ye...dorang ni mmg hebat la bab2 melukis...
mmm...maybe ada ramai lg yg berbakat kot....nanti aku terjah..haha

okey...comel tak aku lukis? 
sila angguk tanda setuju yang tak setuju pon sila angguk juga okey..
keh keh...itu aku tipu ya...semua tu i edit jer okeyyy...
tak khuasaa i nak lukis2...mane ler retii..haha

sesajork je edit...sebab geram je tgk blog2 org lain...
semuanya meriah....semuanya berbakat
okey plss clap ur hands untuk diri anda sendiri okey......
berbakat dan berseni tuu....hehe

 okey la....tatau nak berhenti update camner ni...
start pon susah..berhenti pon susah...huhu
 tentang idea tu usah ckp le..mmg selalu tak de idea nak update ape..??
apa-apa pun.....happy wednesday to u all.....full stop..keh keh.. :)) 


With love,