Followers

Friday, December 31, 2010

Melabuhkan Tirai 2010

.

.

Bismillahirrahmanirrahim.


Pejam celik.. pejam celik.. terasa bagaikan sekejap sahaja masa berlalu. Antara sedar dan tak sedar tahun 2010 bakal melabukan tirainya. Bila tirai sudah dilabuhkan pastinya pintu 2011 akan dibuka. Buka seluas-luasnya seiring dengan azam setahun sekali yang disusuli dengan usaha dan istiqamah.


Pastinya pelbagai kisah dan memori suka dan duka yang terlakar di dalam diri anda semua. Begitu juga dengan diri CE. Tahun 2010 memberikan CE suatu pengalaman yang manis yang kadang kala diselitkan dengan pengalaman pahit. Sebagai hambaNya, CE jadikan yang pahit itu sebagai pengajaran dan pedoman hidup dikemudian hari. Kerana CE tahu... Dugaan itu sentiasa berlaku di mana-mana saja dan kita sebagai hamba-Nya kena cekal menghadapinya dengan tenang. Tuhan sayang kita sebab itu kita diuji. [tersenyum]


Sepanjang tahun 2010 ini juga, tiada apa yang dapat CE kongsikan di sini melainkan pengalaman bergelar sebagai pelajar tahun akhir di sebuah universiti selatan tanah air. Dan Alhamdulillah, berkat azam yang kuat beserta doa dan dorongan kedua ibubapa, keluarga dan rakan taulan...CE berjaya memegang segulung ijazah setelah 3 tahun lamanya bergelumang dengan buku pelajaran. Dengan usia yang sebegini, CE bergaul dengan adik-adik di dalam kelas....namum ku tekadkan jua hati ini untuk menimba ilmu demi kesenangan di masa hadapan...kikiki...[ku bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah..]


Dan untuk tahun 2011 yang bakal menjelma...tiada apa yang CE ingin melainkan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan serta sentiasa dimurahkan rezeki. CE mohon agar diberikan pekerjaan yang lebih baik di tahun baru ini...CE juga mahu belajar dan berusaha untuk menjadi manusia yang matang dan muslim yang lebih baik...Soal jodoh pula, itu adalah ketentuanNya. Jika sudah sampai masanya..CE terima jodoh CE itu dengan hati yang terbuka...[malu tapi mahu...kikiki]. Namun susah juga untuk membuat pemilihan yang tepat di hati ini kerana ketika diri memerlukan tiada siapa yang ingin mendampingi dan ketika diri tidak memerlukan, ramai pula yang ingin mendampingi....pening..pening...dugaan itu pastinya sentiasa ada....[bertabah lah CE !]


Akhir kata, semoga Allah Taala permudahkan urusan CE di dunia dan di akhirat dan begitu juga dengan diri anda yang sedang membaca entry ini..amin.. ^___^


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 DARI CE.....:))

.

.

Wednesday, December 29, 2010

K.E.L.A.U.T oiiiiiii...

.

.

AARGHHH!!!

Dua..tiga...hari ni tetiba je mood asyik kelaut aje....

Macam-macam duk pikir kat kepala otak ni....

Bila dah nak penutup tahun 2010, macam-macam plak perkara yang terpaksa dilalui...

Macam dah tak ada happy ending je...



macam ni la keadaannya bila otak sedang berserabut....dushhh!






Ekspresi wajah akan menjadi pelbagai.
Penting untuk ditonjolkan bagi menyampaikan segala isi hati yang terbuku.
Tapi perlu ke mata bengkak gara-gara menangis???
Sampai bila nak kenangkan nasib diri yang macam ni??
Rezeki tak mau mai-mai lagi ni....adeiii...
Tapi ada orang kata....


CRYING IS A GOOD THERAPY....


Ahhh...peduli lahh apa orang nak cakap...yang penting dapat lepas segalanya....
Penat dah nak pendam-pendam...T.T


Dan yang pasti banyak benda yang tak settle lagi pada tahun ni...
Terpaksa lah forward ke tahun hadapan....
Kalau tak settle jugak tahun hadapan....kita kasi forward lagi....lagi dan lagi...!!
Entah bila nak settle daaaa kalau dah macam ni?....:((


Opss! dah nak masuk tahun baru 2011...
Ada kepentingan tak tuk list kan segala benda tuk tahun 2011???
Macam biasa lah...impian dan harapan....duniawi dan ukhrawi...
Aihhh....banyak pulak benda kat kepala otak ni yang nak dimasukkan ke dalam list 2011 ...
Antara tercapai dengan tak tercapai je nanti kanss....hu hu hu


.

.


Tuesday, December 28, 2010

Dompetnya Hilang Dong...

.

.

purse [baca: dompet] kesayangan ku...
walaupun dah buruk, ianya tetap di hati ku..



Salam..dan apa khabar semua...
ha ha...adeiii...agak lama juga CE tak update blog ni kanss....macam biasa la....nan hadooo idea...baik ku berdiam diri aje....hi hi hi..


So, bila dah tak ada idea...CE blogwalking aje...biasa-biasa hanya menjadi silent reader..tapi ada la juga 2,3 kerat yang CE bagi komen kat blog orang lain. Mana yang sempat aje la...biasa la CE ni...orang busy kanss...ke buat-buat busy..? Kepada yang sudi menjengah dan memberi komen di blog JKM ni...terima kasih la diucapkan... CE terharu syehh...betol ni...tak tipu taww...he he..


Ni...CE nak borak-borak la sikit kanss...perihal dompet. Ala...biasa-biasa kita panggil 'purse' kan? Eh! chop..chop.. serius, dah lama CE tak dengar orang sebut dompet atau pun beg duit....'purse' banyak lah....bajet omputih gitu kanss...ha ha


Sebenarnya ni kisah hari Jumaat aritu. Tetiba je terasa nak buat entry pasal 'purse' ni. Tapi bukan 'purse' yang kat dalam gambor tu....itu ana yang punya lahh....ini cerita 'purse' kakak ana lahh... hi hi..tetiba slang arab plakss..... Ok. Tak kelakor...T.T


CE ada la dapat message dari kakak CE ni. Dia bilang 'purse' dia hilang kat London! Habis duit, segala card credit, ic dia dan ic anak pompuan dia hilang sekali. Pendek kata, segala benda yang ada dalam 'purse' dia tu hilang. Mak aihh...terkejut la jugak CE bila dia cakap macam tu. CE pun apa lagi....mula la bagitau kat mak ayah dan adik beradik yang lain. Semua dah cuak ngan risau. Mak CE lagi lah...tak senang duduk dia duk risaukan anak sulung dia tu..


Ye lah...dah la jauh, nak tolong pun tak mampu. Just bagi pendapat ngan nasihat kat dia je la. Macam-macam idea yang CE bagi...yang tak masuk dek akal pun adoo... Kakak CE apa lagi....dia sendiri pun dah mati akal. Tak tahu nak buat camner. Dah la kat tempat orang. Balai polis pun dia tak jumpa ko! adeiii laa...Yang paling teruk, hilangnya belah pagi time dia keluar beli bekpas kat hotel dia menginap... tapi baru sedor yang 'purse' dia dah tak ada time nak keluar jejalan pada keesokan harinya....hmm...masak la ko kak...aku pun dah tak tahu dah nak kata apa...walaupun ko cakap ko dah pegang ketat-ketat 'purse' tu dalam poket baju sejuk...dan tak sedar samada 'purse' tu terjatuh, tertinggal kat kaunter masa beli bekpas, hilang dalam bilik hotel atau pun ada penyeluk saku yang ambik...otak dah tak boleh nak recall lagi ko cakap.... -.-


CE ada la jugak tanya-tanya kawan yang pernah pi sana. Kat mana balai polis tu? kawan pun tak dapat membantu. Sebab dia cakap orang sana tak ambik peduli hal orang dan sedikit sombong. Mungkin sombong dengan orang luar kot?? Ada balai polis pun macam tak wujud je. Pasal tak ada orang kat dalam balai tu....huaa..huaa...Last-last kawan CE bagi nombor talipon kedutaan kat sana. Mana la tau..kot-kot dapat membantu walaupun tipis harapannya nak dapatkan semula 'purse' tu. Musim kat sana plak ngah salji...termasuklah ribut salji kan...nak kuar jejalan pun susah. Kesian gak kat kakak CE tu. Pergi holiday 6 beranak time-time macam ni. Ada rezeki lebih sikit..so, bawak la anak-anak merasa pengalaman kat tempat orang...ouch!


Perginya 2 minggu...tapi bila dah jadi macam ni...mood pun dah tak ada kan. Hati duk gundah-gulana aje kenangkan nasib. Nak ber'shopping' dah tak ada feel kata orang...CE dapat rasa apa yang kakak CE lalui sebab CE pun pernah kehilangan duit masa kat hostel. RM 800 yang ayah bagi lesap macam tu je...hajat di hati nak bank in...tapi boleh plak dia hilang time tu jugak...mau tak meraung...menangis CE masa tu....sampaikan tak makan, tak tido sebab otak asyik berfikir aje ke mana duit tu hilang....T__T


Nasib la ayah CE memahami. Tak marah pun dengan kecuaian CE. Ayah bagi CE semangat study ada la...dia cakap jangan pikir sangat tentang duit tu...dah bukan rezeki kita, nak buat camner kan... keluar lah airmata berdarah sekali pun...benda dah hilang memang susah dah nak jumpa semula. Walaupun bukan orang berada...kita kena redha aje dengan ketentuanNya... Memang rasa bersalah sangat-sangat tau...sampai sekarang duit tu belum berganti lagi kat mak ayah....ngheeeee...


Buat kakak ku....pasrah aje lah kak. Dah bukan rezeki kot. Jangan la duk pikir sangat. Duit boleh di cari kan..? ke guane? yang penting ko anak-beranak selamat sampai kat KL nanti. Nasib baik bukan pasport yang hilang..kalau tak, banyak pulak masalahnya nanti...dah tau jenis cuai dan pelupa...lain kali beringat la sikit hokeyyy... " ye ke dok hok aku kabor nim???..." ^____^




ini lah kakak CE.....ops...wajahnya dirahsiakan okeyy....;p
sori kak.....gue ter rembat pic ko kat FB...
tapi aku rasa ko tak tahu kot nama blog aku nii??.....mueehehehe...




p/s: CE nak memesan barang kat sana pun tak jadi tauuu....takut dia terrrrr SENTAPPPP plakssss.....hu hu.  Satu lagi...CE nak bagi tau...ada lagu baru letak kat blog JKM ni. CE tatau la korang suka ke tak mendengarnya kanss...if tak suka dan sakit telinga nak dengar...korang boleh pause aje  lagu ni... tapi jangan la pula pangkah terus blog ini yaa......cian kat CE tauuu bila tak ada yang sudi nak menjenguk kat sini....:((


Ok. bye. jumpa lagi ya..!

.

.

Friday, December 24, 2010

Usah Risau Jika Diri Belum Berpunya. Mungkin Allah Ingin Bagi Ketenangan Dulu Buat Anda Untuk Terus Melangkah Menggapai Cita-Cita

.

.

.

(CE sekadar berkongsi Note ini...sebagai peringatan untuk diri sendiri....)



Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh." Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diru, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tidak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kepada mu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first". Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tips memikat wanita solehah dan beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuh. Namun,apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.

Wallahu'alam.



***********************************



Tesentuh hati tika membaca note ini. Betapa bodohnya diri mengejar benda yang tak pasti. Membiarkan diri hanyut dan leka dalam khayalan yang direka sendiri dan tiada penghujungnya...
Setiap manusia itu ada jodohnya....samada cepat atau lambat sahaja....benarlah ayat ini bukan??
Biarlah apa orang nak kata tentang diri ini. Memiliki umur yang sudah tahap wajib berkeluarga namun empunya diri masih belum berpunya di saat ini... CE redha aje dengan ketentuanNya... 


..


.


.

Thursday, December 23, 2010

Makan Ubi Keling pun sodaaapp...

.

.

.

Ini lah Ubi Keling....korang pernah makan tak??


Perghhh.......hujan tak henti-henti kat luar ni uols....al-maklumlah musim tengkujuh katakan...Sejuk terketar-ketar nak mandi. Pakai heater pun tak terasa panas time mandi sebab air terlampau sejuk kot?

Tapi CE pelik lah...asal musim hujan je orang ramai duk jual ubi. Nape ek? Segala mak nenek ubi lah yang dijualnyer..hu hu

Paling glamor ubi kayu dengan ubi keledek lah kot? Perghh...dah macam pesta la pulak...kiri kanan tepi jalan orang ramai duk jual ubi...he he

Tapi kan...memang layan lah time hujan-hujan macam ni pekena ubi rebus....Haa..CE dah pekena ubi keling yang macam kat atas tuhh...uols pernah makan tak?? he he...

Time merebus tu....fuhhhh....wangi semacam je ubi keling ni...dah macam bau herba-herba jek...seyess....CE suka la bau ubi keling ni....! rasa tenang je......cewahhh! melebih plakssss CE....;p

Dah la kecik...comel-comel je ubi ni......makan pun sodappppp...ekeke

.

.

.

SAYALAH BLOGGER ITU

.

.

.



Kali ini CE join lagi segmen en. ben ashaari iaitu segmen SAYALAH BLOGGER ITU
nampak macam dah terlambat aje...tapi tak ape lah...CE cuba aje.....he he

Jejari Kontot Menaip
Jejari Kontot Menaip
Jejari Kontot Menaip
Jejari Kontot Menaip
Jejari Kontot Menaip
Jejari Kontot Menaip
Jejari Kontot Menaip
Jejari Kontot Menaip
Jejari Kontot Menaip
Jejari Kontot Menaip



p/s: psssttt...harap-harap abg ben sudi la menjengah ke blog CE nie yer...:))

.

.

.

Wednesday, December 22, 2010

Hanya Sebaris Perkataan


Testing.....Testing.....Testing.......he he he....:))

Pusing-Pusing Sampai Pening

.

.

.
Lorong-lorongan menuju kebahagiaan?? kah kah kah



Aduhh...aduhh....duhh....duhhhhh !

Pening bangat nih.....nyutt..nyuttt..dia berdenyut...

berputar-putar macam gambor kat atas...

Time mendung-mendung camni le dia nak sakit kepala...sakit mata...migrain segala bagai...T.T






Nota kaki:

  • Telan panadol dah telan pun tadi..
  • Bergelas-gelas dah minum air masak..
  • Berehat dan tidur? rasa macam dah terlebih tidur aje..
  • Off laptop..rehatkan mata...rehatkan kepala otak? 
  • Ops! adakah ini petanda CE terlampau mengadap skrin laptop?? tenggg..tenggg..tengggg...


.

.

.

Tuesday, December 21, 2010

Yang Di Dalam Manakan Sama Dengan Yang Diluar...Alahaii..

.

.

.




Bungkusan misteri ini CE baru terima. Buka-buka......i'm very so sad lorr....Ianya bukan seperti yang CE sangkakan selama ini...lain yang di 'imagine'.. lain pula rupa bentuknya... -.-

Melayang RM 70....kui kui kui


Gini la kalau cubaan shopping online... mana nak sama dengan yang betul-betul di hadapan mata ketika bershopping.....boleh belek-belek....try test....selagi berdaya....selagi hati belum puas....Dengan ini ku redha saja lah.....lain kali CE kena beringat sikit jika bercadang nak beli secara online lagi...

Alahai...

.

.

.

Monday, December 20, 2010

Hari ini Harijadi Dia

.

.

.
Hari ini 20 Disember 2010 adalah harijadinya yang ke-??

ini lah saat-saat yang CE nantikan



"Menghitung hari
Detik demi detik
Masa ku nanti apa kan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari...

Padamkan saja
Kobar asmaramu
Cinta putih itu takkan ada
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan puitis

Pergi saja cintamu pergi
Bilang saja pada semua
Biar semua tahu adanya
Diriku kini sendiri

Padamkan saja
Kobar asmaramu
Jika putik itu takkan ada
Yang aku minta tulus hatimu
bukan puitis..."



Tahun demi tahun...hari demi hari CE menunggu dengan penuh sabar

Mohon pada-Nya agar diberikan kesempatan untuk ucapkan hari kelahirannya

Alhamdulillah...akhirnya doa CE dimakbulkan

Walaupun hanya sekadar 'message FB'

CE puas dengan apa yang CE lakukan

Namun di sudut hati pastinya ada tercuit sedikit terkilan....




Hanya ini yang dapat ku sampaikan pada mu...-.-



Hanya jawapan pendek yang dibalas oleh nya

CE tahu....CE tidak boleh meminta lebih dari itu

Siapa lah CE ini dihatinya...?


Benarlah kata orang Cinta itu buta

Cinta pertama itu sukar untuk dilupakan..

Namun

Bukan semua yang kita inginkan akan dapat kita perolehi



Apa yang CE mampu nyatakan di sini...

Aku bahagia mengenali Mu...walaupun hanya seketika manisnya..

Moga kau berbahagia di dunia dan di akhirat

selamat harijadi sayang..... -.-



kenangilah aku dalam doa mu....

.

.

.

SM Nasarudin Sah Kahwini Marion Caunter

.

.

.
Ok...ok...tak nak cakap banyak-banyak..korang layan je la pic curi dari mediamalaya.com  ni...ops! hehehe..




Sama cantik sama padan la kot...uols nilai la sendiri..hi hi



Tu dia pelamin dia...gah gitu....korang hader?? CE nan adooo.... -.-



Nahhh hambik ko....bunga sebesar-besar alam dihiasnya...mana nak dapat tu?? keh keh keh


Seperti yang kita sedia maklum, majlis perkahwinan dalam keluarga SM ni...kalau tak meriah, tak gah dan tak mewah...memang tak sah ler...he he

Orang berduit....apo nak di kato....ekeke ~~

Apa-apa pun selamat pengantin baru CE ucapkan buat SM Nasarudin dan Marion Caunter...:))


Kerang

.

.

.
Kerang rebus...




Kerang.....

Ohh...sungguh berbisa diri mu buat diri ku.... -.-

Sedap dikunyah...namun hasilnya gatal-gatal yang ku dapat.....hohoho


adoiii....habis bengkak bibir CE ni uols...T.T


Tapi nape banyak sangat binatang ape ntah yang duk menumpang kat dalam kerang tu.. alaaa...yang macam bentuk anak ketam tu...kecik je binatang tu...CE kurang pasti plaks orang panggil apa benda alah tu...


Dengar citer, kalau termakan binatang macam bentuk anak ketam tu boleh dapat sakit perut. Macam cirit-birit la kot....sebab benda ni beracun.. CE tak tipu tau...CE dengar sendiri dalam rancangan Majalah3 kat TV aritu tentang binatang tu....;)


CE ni alah dengan makanan laut....tapi CE belasah ajerrr...hek hek hek...;p

.

.

.

Sunday, December 19, 2010

Giant Mall Kijal

.

.

.

Tengahari tadi CE berkesempatan Ke Giant Mall Kijal. Giant ini baru sahaja dibuka 16 Disember 2010 yang lepas. Ini lah antara salah satu pembangunan yang sedang pesat membangun di daerah CE. Boleh la daripada tak ada langsung Mall untuk membeli-belah kansss...:)


Nak tunggu Mall yang gah dan besar-besar entahkan bila akan dibina? Bersyukur aje lah kami dengan apa yang ada.


Giant Mall ini terletak berhadapan dengan Jalan besar Kemaman-Kuala Terengganu.


Giant Mall Kijal


Sebenarnya di sekitar kawasan Giant Mall ini masih lagi dalam pembinaan. Masih banyak lagi pembinaan yang belum siap dibina dan diselesaikan. Molek juga kawasan ini dibangunkan daripada dibiarkan menjadi hutan rimba dan semak samun.


CE pun dulu hampir-hampir menjadi civil engineer di kawasan pembangunan ini. Tapi CE tolak tawaran bekerja tu...hmm..kalau lah CE terima tawaran tu....nanti adalah jugak hasil dari air tangan CE dalam projek pembangunan Kijal tu kansss... he he.


Tak apa lah...mungkin bukan rezeki CE  di sini. Hmmm...masih tercari-cari keje sesuai lagi ni.....sesiapa ada keje kosong sila angkat tangan... -.-


Sekitar Kawasan Giant Mall yang sedang dalam pembinaan


Lot bangunan kedai ala-ala Kedai Pasar Payang Kuala Terengganu (mungkin gedung textile?)




P/s:Gambar kredit to Google image.

.

.

.

Taip.......edit......publish.....pastu delete............

.

.

.
Taip.......edit......publish.....pastu delete........

Taip.......edit......publish.....pastu delete........

Taip.......edit......publish.....pastu delete........

Taip.......edit......publish.....pastu delete........

Taip.......edit......publish.....pastu delete........

Taip.......edit......publish.....pastu delete........

Taip.......edit......publish.....pastu delete........

Taip.......edit......publish.....pastu delete........


Sebenarnya ini lah yang CE buat dari semalam. Dah taip entry last-last delete jugak sebab rasa macam tak da sapa yang nak baca kot?? Tak ada idea nak hupdate lahsss ! aisyemann....... Ehhhh......ini pun boleh dikira sebagai entry juga la kanssss....Kah Kah Kah
.

.

.

Saturday, December 18, 2010

Ubat Pedih ulu hati ke ni??

.

.

.
Ini halia ye adik-adik....bukan lengkuas....kehkehkeh



Ok oleh kerana semalam dah tak tahan sangat perut ni...CE belasah je minum air teh'O halia...


Kawww....kawww...punyer teh'o halia ai buat...ambik halia banyak-banyak, pastu ketuk-ketuk, potong halus-halus taruk dalam teh'o panas...perghhhh!! masyukkk jekk...:p


Sudah tak tertanggung senak perutku ini...makanya ku belasah aje dengan teh'o halia sebab Gaviscon langsung tak membantu....ho ho ho..


Hasilnya, boleh la kan...daripada langsung tak de ubat...tapi kentutnyer idakkk pun...hampehh jek...T.T


angin tak tau nak keluar tang mana kot?? ngeeee....


erkk..apa kaitan kentut dengan pedih ulu hati ni?? konpius aku...:(

.

.

.

Friday, December 17, 2010

Pedih Ulu Hati...

.

.

.
tulun lah....gua ngah pedih ulu hati ni....T.T





Ayoooo....dua malam dah macam ni....pedih ulu hati tahap gaban kot?


Nak tido pun tak selesa....susah nak bernafas derrr....


Gaviscon pun tak membantu....T___T


Lepas ni nak kena elak kan :


  • Nescafe (punca-punca sebenar kat diri CE....gamaknyer lah...)
  • Minuman bergasss
  • Makanan pedassss (aik..memamg aku tak makan pedas pun....*garu2 kepala)
  • Kurangkan asam
  • Apa jua yang berunsur ubi-ubian....lagi kembung peruttt ada ler kalau makan ni...hu hu

p/s: Hakikatnyer CE kena kurangkan segala asid kat dalam perut ni.....alahai...

.

.

.

Wednesday, December 15, 2010

Cara-Cara Menanamkan Minat Subjek Matematik

.

.

.

Tadi CE keluar jalan-jalan kejap..saja nak hilangkan boring di petang hari. Tapi sekadar jalan-jalan di alam maya aje lah...he he


Tersinggah pulak di rumah Sembang Kencang... HA HA HA ! tergelak besar CE bila melihat entry beliau ini...




mueeehehehe !




Aduhh...budak vietnam mana lah yang punya keje ni? Sungguh tak terpikir pulak kepala otak ni time belajar kat sekolah dulu-dulu.....nyiaaaahahaha!


Tapi kreatif jugak la kannsss......


Kahkahkah!!

.

.

.

Tuesday, December 14, 2010

Tepung Bungkus



Tepung Bungkus. Korang pernah makan tak??



Dah lama tak makan.

Baru je sebut dalam hati....tup..tup..mak pi beli kat pasar malam.




Ke korang panggil lain kueh ni?? CE panggil tepung bungkus je....hi hi






Berintikan kelapa yang digaul dengan gula melaka.....kot?



Dapat gak merasa...kikiki..

Sekali try..test....nyumm....nyummm...jawabnya bila dah masuk mulut.

Harap maaf....sebab daku tak cukup makan satu bungkus yang cinonet itewww...ekekeekee...



p/s: sila abaikan teknik pengeditan gambar yang huduhhh iteww....tak cukup duit nak beli dslr lagi...T.T

Kegemaran Terbaru

google image: sungguh menyelerakan.....grrr!


Asal malam je sebelum nak tido CE mesti jamah ni dulu. Alahai...demand sungguh tekak ini. Roti bakar plus  sapuan nutella betul-betul menggugat diet CE!

Huaa huaa... T.T

Dah jadi macam habit la pulak...malam-malam pekena benda ni semua...memang tak boleh blahh...ho ho ho

Buang tabiat gamaknya. Tak tahu nak berhenti macam mana? adalah tidak elok buat CE makan sebelum tido lewat malam...

Mana la tak naik berat badan ni kan...takut juga melebihi tahap yang sepatutnya...

AAaarghhh...tulun lahhhh!

Help me to stop this.....:((

Monday, December 13, 2010

Sentuhan Ku.....

Designed by CE a.k.a Cik Emy lorrr.....:p


Akhirnya....akhirnya.....berjaya juga CE mereka header ini !!....huaa huaa....(tepukan untuk diri sendiri...ecehh..). Punyer la bingun nak menggunakan segala bagai software tuk mengedit gambar...adehhh....macam nak tersembul bijik mata. Tapi berbaloi-baloi....puas hati CE sebab dapat belajar benda baru.. hi hi..


Header ni tak ada la menarik mana pun, tapi boleh la bagi CE yang baru berjinak-jinak belajar software edit gambar. Orang lain dah ke bulan....tapi CE asyik kelaut aje...ha ha..


Macam-macam software CE guna. Try satu persatu sebab nak tahu mana yang memudahkan dan cepat bagi CE. Terima kasih la kat blogger-blogger yang sudi berkongsi ilmu dan buat tutorial tentang edit gambar segala bagai ni...CE lupa pulak blog mana yang CE dah terjah semata-mata nak kutip ilmu....cewahh...;p


OK lah....bila dah mahir nanti akan ku tukar lagi....nyiaahaha ! nak try belajar yang 3D plak...tapi tak de masa je....busy la sesangat CE ni kannnsss...hu hu...


Daaaa....:))

Saturday, December 11, 2010

Hujan Tak Henti-Henti...

Hanya mampu mengintai dari kejauhan......

Dari semalam lagi hujan lebat tak henti-henti...Bila dah hujan CE tak dapat nak berbuat apa-apa. SEJUK. Nak bergerak pun malas. Terasa mahu aje diri ini berbungkus di dalam selimut sepanjang masa...Apa dah gila agaknya CE ini?  Mahunya nanti CE terkena 'sound halilintar' dari mak CE sekiranya bermalas-malasan. Bila dah terkena 'sound'....harap maklum sekalian alam...tutup aje telinga ini dengan kapas...*ops!


Ya...sebenarnya musim tengkujuh dah tiba di negeri kelahiran CE ini...adalah perkara biasa sekiranya hujan turun tak henti-henti 7 hari 7 malam agaknya...dan semestinya segala aktiviti kehidupan agak sedikit terbantut ! Bertapa aje lah di rumah. Jalanraya pun boleh jem...he he...tapi CE berdoa agar negeri CE ini tidak dilanda banjir...*tersenyum


Di kala CE menaip entry ini....CE curi-curi lihat di tepi tingkap. Alhamdulillah....hujan mula kembali reda...yang kelihatan hanya hujan renyai-renyai. Suasana kembali cerah. Kedengaran bunyi ayam jiran CE berkokok. Sungguh syahdu bukan? Persis terasa suasana seperti ala-ala di kampung cuma tiada kewujudan sungai sahaja. Jika ada, sudah pasti kesejukan itu terasa hingga ke tulang som-som...


Alahai....millo CE pun sudah mengiau...ngiau....lapar plus kesejukan agaknya....CE berhenti dulu di sini.


Selamat petang sabtu. Daaa.....:))

Wednesday, December 8, 2010

Cik...Derma Anak Yatim...

Derma lah dengan seikhlas hati.....


Dalam keadaan kelam-kabut CE menerjah ke sebuah bank. Berdebar-debar pun ya. Ini adalah salah satu sifat negatif yang selalu CE alami. Entah la....asal tiap kali nak ke bank mesti berdebar-debar dan cuak. Punya lah takut nak buat urusan dengan pihak bank. Apa masalah derrrr......?? Macam la CE ni ada berjuta-juta duit nak bawak masuk bank...takut kena rompak ke? ha ha

Apatah lagi bank yang nak dikunjungi itu baru pertama kali CE berurusan... lagi la menggelabah. Nak buat pertanyaan lagi lah sekian hal....macam di gam-gam aje mulut ni! Nak bertanya pun malu...takut sangat orang cop CE ni tak penah masuk bank! memang jarang-jarang masuk pun??...sampaikan terkebil-kebil duk mencari borang apa yang patut dan perlu digunakan bagi sesuatu urusan....mueeehehehe...

Malu bertanya sesat jalan kata orang.....

Memang masak tadi CE duk terkebil-kebil dalam bank. Sampai ada yang nampak pelik...nasib tak kena halau je tadi.....huaa...huaa..

Masalah berkomunikasi dan bersosial betol lah CE ni....padan muka.....grrrrr~



****************************************************


"Cik....derma anak yatim...cik....", kata seorang gadis bertudung sambil memegang sebotol kismis dengan kad derma (pada pemerhatian CE la kot..) di hadapan pintu masuk sebuah bank.
CE tercengang ! blurr...tak tahu nak buat apa?
aaa..sudah...lagi bertambah-tambah gelabah la CE ni.....dah la nak cepat masuk ke dalam bank. Jumlah orang ramai buat urusan tak usah cakap ler....mau berpuluh-puluh angka gilaran nanti.....T_T
disekatnya pula CE ni untuk masuk ke bank....lagi la masak...


CE hanya mampu tersenyum pada si gadis bertudung itu...sebab di hadapan CE ada seorang kakak yang juga lalu di hadapan gadis tersebut. Kakak tu buat tak layan je....sampaikan CE pun terikut-ikut sekali macam dia...buat tak tahu aje....sambil kaki melangkah masuk ke dalam bank...alahaiii....*niat di hati ada tapi CE nak cepat...kejam sungguh CE !!

Sebenarnya acap kali si gadis itu menyebut "cik derma anak yatim...cik derma.....derma cik..."
sesiapa saje yang melintas di hadapan pintu bank tersebut pasti di sapa oleh si gadis itu....
gadis tu muda lagi pada pandangan CE.... tapi dari mana asalnya CE pun tidak ketahuan...cuma ada sedikit iras orang melayu kita...

Selesai membuat segala bayaran deposit di kaunter...CE terus keluar bank....
Alahai.....ada lagi gadis tu....! gigih sungguh beliau berdiri tercegat kat situ sambil menyapa orang ramai yang lalu lalang....

Dia sapa CE...tapi CE laju je berjalan terus kehadapan meninggal gadis tersebut.....sambil melambai-lambai ke arah ayah CE...

Arghh...sekali lagi....kejam sunggh CE ! bukan tak nak derma....tapi..................................

tiba-tiba ayah CE bertanya...



Ayah : ada budak perempuan mintak derma depan pintu masuk bank ke?
CE : haa ahhh....tapi orang buat tak layan je...
Ayah : Ayah nampak dia pegang botol kismis dengan kad...
CE : orang nampak gak tadi....tapi sebotol je yang dia pegang...
Ayah : Ada lelaki muda tadi bagi derma RM 5....lepas dapat je terus budak perempuan tu cium duit tu...lepas tu masuk dalam poket....nampak macam tak bagi resit pun...mungkin lelaki muda tu ikhlas nak derma...tak kisah la ada resit ke tak...sebab lepas bagi RM 5 dia terus pergi macam tu je...
CE : Ooo...biasa bagi resit kan ayah? ada tu siap tunjuk surat kebenaran kutip derma pun ada.....tapi yang ni macam pelik je.....tak tunjuk apa-apa pun...?
Ayah : entah datang dari mana budak tu kita pun tak tahu.....



****************************************************

Sebenarnya ini fenomena biasa yang CE alami.....fenomena peminta derma di hadapan bank....memang rata-rata bank di hometown CE ni ada peminta derma....ada tu siap letak tabung derma pun ada....sambil-sambil tunjuk surat kebenaran minta derma dari pihak yang terlibat. Yang bagi resit sesudah bagi derma pun ada...macam-macam ragam pada pandangan CE....

CE pernah juga bagi derma jika terserampak dengan peminta derma ni.... nak-nak time nak keluarkan duit dari mesin ATM....dah depan mata tak kan la tak nak bagi sedikit sedekah.....CE simpati juga...CE ikhlas tau.... tapi memang strategik la tempat letak minta derma dorang ni kan.....betol-betol di hadapan kawasan mesin ATM....hehehe

Tapi kali ni....CE tak tergerak hati la pula nak bagi dekat gadis bertudung tadi....pelik juga duk pk ni...
mungkin cara dia tu yang buat CE terasa ragu-ragu?.....dah la muda lagi...lepas tu tak bagi tahu pula datang dari mana....ye la....apa nama rumah anak yatim tu?? entah-entah...dia tu yang anak yatim kot? hmm.....rasa bersalah pula tak bagi tadi...

Nak menderma mesti la ikhlas....bukan CE tak nak bagi tadi......tapi entah la.....bukan rezeki CE kot nak bagi derma kat dia hari ni...lagi pun CE memang tergesa-gesa sangat tadi....mana tahu kot-kot lepas ni CE terserempak lagi dengan dia....boleh la bagi ek....:))


P/s: Semoga Allah swt lindungi si gadis bertudung itu.......


10 Tanda Dia Jodoh Kita

Salam dan apa khabar semua...

Tadi sedang CE ronda-ronda kat wall FB, CE terjumpa note ini di dalam salah seorang kawan FB CE. Macam menarik pada pandangan CE lah...terus CE kongsikan di dalam blog ini. Lagi pun empunya asal note ini meminta orang ramai berkongsi/share bersama sekiranya kita rasa ianya bermanfaat.

Bagi CE yang belum berpunya ni...terasa ianya satu info yang amat menarik untuk menambah pengetahuan...hehe. Bagi yang sudah berumah tangga/berpunya mungkin anda pernah lalui semua ini. Adakah ia suatu suratan ataupun kebetulan? Wallahualam......:))


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. 

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya 
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Hmm....Selamat Beramal semua....:)) 

Tuesday, December 7, 2010

Dunia Itu




Alangkah indah jika dapat kembali ke alam dunia fantasi kanak-kanak

Semuanya adalah yang baik-baik belaka

Riang dan berbunga sungguh hati dikala diri dapat bermain-main

Hilang dari segala duka dan nestapa

Tiada keluh dan kesah dalam hidup

Tidak perlu mengenangkan nasib diri yang tidak berapa menjadi

Tidak perlu memikirkan perkara yang berat

Hanya mahukan keseronokkan semata-mata

Sungguh aku terasa segalanya adalah indah belaka tika itu

Bawa lah aku ke alam itu !

Sunday, December 5, 2010

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Ahhh...Mencikkk!!

Aduhhh.....tensen betol ler...time-time camni ler dia nak naik...nak tumbuh segala bagai....besar macam kena gigit nyamuk jek.. Padahal JERAWAT besar tak hengatttt ! grrr....


Dah ler pagi esok ada open interview...tapi aku tak ada mood pun nak pergi. Tak ambik tahu pun. Aku tahu pun sebab makcik aku yang call umah bagitau....Dah la frustrated sebab tak dapat panggilan interview KPLI. Lagi la aku tak ada mood nak pi ! aku cakap je kat korang yang aku ni tak berharap sangat kat KPLI tu.....tapi bila dah tak dapat tersentap jugak la hati wanita ku ini.....huaaaaaa......:((


Lepas tu tengahari esok, my mom plak ajak pi kenduri kawen anak abg dia a.k.a pakcik aku kat kuantan. Aku baru kenal sebenarnya dengan beliau ni. Selama ni asyik tak sempat je nak jumpa sebab aku busy ngan study. Beliau ni satu-satunya abg my mom tapi dorang berlainan mak. So, tak berapa rapat sangat la. Dah tua-tua ni baru nak mesra...together gather kata orang....tapi beliau ni baik sangat. Sebijik ko macam muka arwah tok ki aku....takut aku...he he... 


Pastu dengar cerita anak lelaki dia ni (sepupu aku la kan...) pereka fesyen keluaran Uitm tersohor jugak la...kedai dia kat wangsa maju tak silap aku. Tapi boleh pulak aku terlupa nama apa pereka fesyen tu. Hmm...ofkos la guna nama glamer kan?? Ramai jugak la mak-mak datin..maybe artis-artis guna khidmat rekaan dia ni...lagi pun dah biasa masuk dalam majalah-majalah tempatan. Misteri sungguh....sebab aku tak berpeluang nak kenal dia lagi....sape ek.....jangan-jangan pereka fesyen tu kot??? *sedang pikir*


Esok aku nak kenal la dia ni yang mana satu....mak aku cakap dia ni hensem tapi sedikit lembut....biasa la kannnn.....pereka fesyen you.....hihihi....Aku kena la mesra-mesra kan....mana la tau kot-kot lepas ni dapat upah dia reka baju aku dengan harga murah-murah skit....tak pun kasi free jek.....ahaks!


Tapi yang menjadik masalah nyer sekarang......muka aku ni naik JERAWAT......arghhhhhh !!
Hekkk elehhhh......cerita jerawat pun ko nak publish dalam blog gak ke cik emy?? ahhh...blog aku...bukan blog kau....ada aku kesahhh??? huaa...huaa...huaa...



macam mana aku nak berhadapan dengan orang ramai ni esok......:((







esok buat-buat muka coolblog udah ler....giler besar gedabak jerawat iteww....
tapi still manis kan..kan..kan....*ceh giler perasan dowh!






Menjelma

Bersempena penukaran title blog di atas...ibaratnya jari jemari ku ini menari-nari di atas keybord semata-mata nak menulis blog....hik hik hik....

Udah ku bilang uols...aku memang kaki tukar...tukar...dan tukar....!! bukan kaki bakar, kaki buli, kaki poyo ya...Tak penah nak setia kot?? Mungkin mudah berubah-ubah. Yang pasti aku ni cepat dan mudah bosan dengan sesuatu...kalau ada suami suatu hari nanti camner lahh nak menghadap muka hari-hari ek? Jangan mudah jemu udah ler....durhaka namanya....! Ahh....belum cuba belum tahu...korang mana nak tahu??...aku ni jenis setia pada yang satu....keh keh keh...




Jari jemari
Menyusun tari, indah pesona,
Tiada tandingannya
Dikaulah puteri yang bersemadi
Dihati ini, namun hadirmu
Kan tetap jadi misteri
Di malam yang sepi kau hadir menjelma
Memukau pandangan
Mungkinkah ini nyata
Di malam yang sepi keu hadir menjelma
Ku tersenyum lalu tergoda
Khayalanku kan bersamamu
Menyulam cinta di hatiku
Bayangan mu yang menghantui
Biar bersama
Sinar rembulan mengiring tari
Dibawah pohon rendang menyeliputi
Puteri misteri, zaman berzaman memukau


~Menjelma. song by kaer~

Saturday, December 4, 2010

Teman

Teman
hari berganti hari
masa berlalu memakan waktu
Kemesraan tersimpul rapi dilayari rindu
Menanti malam menjemput siang
Agar ikatan keikhlasan mengupas persahabatan


Teman,
Sepi, resah dan duka
Itulah rencah kekosongan hidupku
Tatkala bicaramu singgah di telinga
lalu memancar di mataku
Senyum dan tawa
Menguntum tanda gembira
Tatkala rancak berbicara
Justeru diriku
Menyingkap tirai bicara


Teman,
Andainya puisi ini kau fahami
Andainya jeritan hatiku kau selami
Andainya impianku bisa kau penuhi
Kau tidak berlari mengejar mimpi
Menghitung hari menanti realiti..


Teman Seiring dan sejalan...









Friday, December 3, 2010

Robek Hati Ku...

Klik untuk kejelasan yang nyata


Lepas tengok je keputusan tu....hancur hati ku... mengenang dikau...menjadi keping-keping setelah kau pergi..... Huarrrrr.....robek hati ku....korang tahu tak robek tu aper?? Apa? tak tahu?? arghh...tak tahu sudah! pi main jauh-jauh....aku ngah marah ngan sedih ni tauu.....grrrr~

Sedih sangat-sangat ni...ingatkan ada la rezeki kat sini....sekali hampehh daaa....memang la pada mula-mula nya aku tak berapa nak berharap sangat....tapi kalau betul-betul dapat, ofkos la bersyukur sesangat kan....

Hmm...Tak apa la...aku redha aje la. Dah bukan rezeki aku kot? Lepas ni aku back tu normal la celik je mata, buka tenet pastu masuk laman sesawang job seeker...pastu pilih je mana-mana job yang berkenan di hati. Yang ini pun satu hal....entah bila nak panggil aku interview....semua under consideration jekk.....sedeyyy tawww....nasib badan la kan jadi penganggur terhormat ni....entah bila la dapt jadi engineer...T___T

Malam ni aku nak topup sabar banyak-banyak......buat bekalan hari esok. Konpem makcik aku akan kol aku lah punyer nak tanya dapat ke tak panggilan interview KPLI tu.....sebab anak dia a.k.a.kazen aku pun tak dapat gak...kah kah kah....



DUNIA BELUM BERAKHIR.....TAPI KENAPA DUNIA NI ASYIK TAK ADIL JEKKK.....*sigh

Oppss ! Bertukar !!

Kali ni bertukar lagi template. 
Entah keberapa kali pun aku tak tahu lah?
Masih lagi tercari-cari identiti blog yang sebenar. 
Selagi hati tak puas, selagi itu lah ianya akan bertukar, bertukar dan bertukar...
Jika korang terperasan la kot-kot lepas ni akan berubah wajah lagi, korang abaikan ajer ler...
Dah memang aku tengah tak ada kerja kot, tu pasal tangan duk gatal nak mengubah itu ini.
Suka sangat nak explore dan belajar itu ini tentang dunia blog...ewahhh...ayat tak hengatt beb...;p 
Teringin nak buat header sendiri yang canggih manggih....tp.....hmm...
Dulu dah pernah buat tapi simple mimple je lah...budak tadika pun reti edit macam aku buat dulu-dulu tu...hoho
Nak upah orang buat? hurmm...macam tak berbaloi la plak...*kedekut tak hengatt aku ni*
Apa-apa pun korang layan je la songeh aku ni....*ohh no !

Thursday, December 2, 2010

5 Kebiasaan Yang Tidak Sihat Untuk Kulit Muka Perlu Anda Jauhi

Assalamualaikum dan apa khabar uols....

Bila berbicara perihal kulit muka, cik emy pasti korang semua sudah semestinya nak kan kulit muka yang sihat, gebu, halus dan mulus ala-ala lisa surihani bukan? Tak pun nak kan kulit seperti siti nurhaliza?? Ohh, kalau korang nak kulit cantek bagaikan siti pakai ler produk "simplysiti" iteww.....nescaya berseri-seri lah muka korang semua macam akak siti kita iteww...hak hak hak...*ini bukan promote ya !

Ok, secara basic nyer lah kan, nak jaga kulit muka ni semudah ABC aje iaitu cuci dan bilas. Tak gitu? Tapi itu pun kalau muka korang tak bermasalah dari segala cela-cela lah kan...macam muka cik emy ni...aihhh...poning den duk pikir....memang banyak masalah kalau uols nak tahu. Ialah kan.....kulit dah tua sejajar dengan usia. Dengan masalah hormonnya lagi yang entah bila nak stabil?....memang ler banyak problems yang oii... Harus lah cik emy akui semua iteww....T___T




Uols....tengok lah wajah western cik emy yang bermasalah ini....hu hu


Kat sini cik emy nak berkongsi tip penjagaan kulit muka....tapi tips ni mungkin kita dah biasa duk dengar sana sini. Cuma antara amalkan dengan tak amalkan je lah. Kadang tu buat-buat terlupa kot?? Macam cik emy?? ho ho ho...

Di sini ada lima kebiasaan umum menurut Jennifer Fifer, yang akhirnya merosakkan kulit uols.....sila baca betul-betul ya... Tak kira jantina, uols semua kena ambik tahu tentang ini okeyh....

1. Tersalah Memilih Pencuci Muka / cleanser

Menurut kata Jennifer Fifer iaitu pemilik Klinik Kulit Tru Spa di Manhattan, perempuan sering membeli produk high-end pengelupasan dan pelembab, tetapi tidak memperhatikan apa yang benar-benar di dalamnya. Beliau menyarankan, pilihlah produk yang sedikit dengan bahan kimia. Elakkan yang mengandungi SD-40, isopropil alkohol, bahan umum yang boleh menjadi iritan untuk jenis kulit jerawat rawan dan sensitif, yang menyebabkan kemerahan, kekeringan, dan dalam beberapa kes, bintik-bintik coklat dan penuaan awal.

2. Over-exfoliating

Banyak produk saat ini memiliki asam alfa hidroksi untuk memerangi kerutan dan garis-garis halus, tetapi jika anda mencampur-dan-perlawanan terlalu sering - misalnya, sebuah pelembab asam-berpusat di pagi hari dan krim exfoliating di malam hari - anda menjalankan risiko mengobarkan anda kulit.

3. Moisturizing Terlalu Banyak

Anehnya, wanita dengan kulit kering harus mengelakkan over-pelembab, jadi jangan spackle pada krim atau pelembab berat. "Hal ini menyebabkan 'kesesakan lalu lintas' lebih dalam jangka panjang," kata Fifer. "Wanita akan melakukan lebih baik untuk melabur dalam pelembab yang baik, terutama jika mereka tinggal di iklim kering."


4. Tidak Cuci Wajah Sebelum Anda Tidur


Kau tertidur dengan make up anda, apa masalahnya?"Jangan pernah, tidak pernah!" kata Fifer. Bahkan jika itu hanya jarang berlaku, masalah dapat cascade ke kulit anda selama seminggu. Untuk mengelakkan mimpi buruk perawatan kulit, pastikan anda mencuci muka sebelum anda tidur.

5. Mengenakan Make-up Terlalu Lama

Bila kali terakhir anda membuang makeup anda? Jangan bertahan pada produk kecantikan jika anda tidak sering menggunakannya. Kerana jari-jari anda biasanya aplikator anda, bakteria membangun dengan cepat dalam botol dan di spons makeup, kemudian berakhir di wajah anda. Sebagai Peraturan praktikal, saran Fifer menggunakan bahan-bahan tersebut selama enam bulan sahaja.



"Sucikan Hati Dan Minda Terlebih Dahulu...Bila Dah Cantik Di Dalam, Segalanya Pasti Akan Cantik Di luar" ingat tu uols.......:))
.