Followers

Friday, December 24, 2010

Usah Risau Jika Diri Belum Berpunya. Mungkin Allah Ingin Bagi Ketenangan Dulu Buat Anda Untuk Terus Melangkah Menggapai Cita-Cita

.

.

.

(CE sekadar berkongsi Note ini...sebagai peringatan untuk diri sendiri....)



Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh." Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diru, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tidak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kepada mu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first". Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tips memikat wanita solehah dan beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuh. Namun,apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.

Wallahu'alam.



***********************************



Tesentuh hati tika membaca note ini. Betapa bodohnya diri mengejar benda yang tak pasti. Membiarkan diri hanyut dan leka dalam khayalan yang direka sendiri dan tiada penghujungnya...
Setiap manusia itu ada jodohnya....samada cepat atau lambat sahaja....benarlah ayat ini bukan??
Biarlah apa orang nak kata tentang diri ini. Memiliki umur yang sudah tahap wajib berkeluarga namun empunya diri masih belum berpunya di saat ini... CE redha aje dengan ketentuanNya... 


..


.


.

9 comments:

  1. jangan risau~sampai masa nanti kita kawin~hoho~~oops~gurau je~kalau ada jodoh tak kemana~makcik saya umur 42 baru sampai jodoh~~tapi dalam berserah tu kena berusaha jugak~~

    *meh blanja saya ubi keling rebus~~

    ReplyDelete
  2. ala..ko cantik..pe yang ko takut...petik jari je..

    ReplyDelete
  3. bujal X:
    ubi keling suda habis maaaa...
    empunya diri tak risau pun..cuma risau dengan orang sekeliling yang tak penat nak bertanya..hua hua..

    Cik lynda:
    gue tak reti nak petik jari...kikiki

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..
    hehehe..ala awak..jgn sesedih..sy pon xkawen lagi..sampai masa..tibala jodoh kite..:)..insyaallah

    ReplyDelete
  5. Cikceriacorner:
    terima kasih sudi singgah sini..
    hehe...x sedih la...tp bl duk kenangkan nasib..rasa sedih la jugak..ehehe..Insyaallah..dah sampai masa, ada la tu jodohnya..:)

    ReplyDelete
  6. kak emy jangan sedih sedih... akak kan still young... awet muda gitu... ^_^
    ada kontes untuk kak emy...
    http://gadishanim.blogspot.com/2010/12/dia-pergi-pps.html

    ReplyDelete
  7. jodoh setiap orang tuh dah ditentukan cuma lambat ke cepat je ia sampai.

    Latest Entri :
    1) Contest Cerpen Sesedap Rasa
    2) Tips Temuduga Pembantu Tadbir

    ReplyDelete
  8. nice article.

    itu sebenarnya yg patut dijaga. rumahtangga dari asas iman. baru berkat dan diredhai.

    jgn sekali2 menggadaikan iman demi kerana ikut-ikutan atau risau takut takde org akan masuk meminang. Allah adalah perancang yg maha hebat.

    p/s: nice new header. :D

    ReplyDelete

Terima kasih la comey..comey sekalian..:)