Followers

Saturday, December 11, 2010

Hujan Tak Henti-Henti...

Hanya mampu mengintai dari kejauhan......

Dari semalam lagi hujan lebat tak henti-henti...Bila dah hujan CE tak dapat nak berbuat apa-apa. SEJUK. Nak bergerak pun malas. Terasa mahu aje diri ini berbungkus di dalam selimut sepanjang masa...Apa dah gila agaknya CE ini?  Mahunya nanti CE terkena 'sound halilintar' dari mak CE sekiranya bermalas-malasan. Bila dah terkena 'sound'....harap maklum sekalian alam...tutup aje telinga ini dengan kapas...*ops!


Ya...sebenarnya musim tengkujuh dah tiba di negeri kelahiran CE ini...adalah perkara biasa sekiranya hujan turun tak henti-henti 7 hari 7 malam agaknya...dan semestinya segala aktiviti kehidupan agak sedikit terbantut ! Bertapa aje lah di rumah. Jalanraya pun boleh jem...he he...tapi CE berdoa agar negeri CE ini tidak dilanda banjir...*tersenyum


Di kala CE menaip entry ini....CE curi-curi lihat di tepi tingkap. Alhamdulillah....hujan mula kembali reda...yang kelihatan hanya hujan renyai-renyai. Suasana kembali cerah. Kedengaran bunyi ayam jiran CE berkokok. Sungguh syahdu bukan? Persis terasa suasana seperti ala-ala di kampung cuma tiada kewujudan sungai sahaja. Jika ada, sudah pasti kesejukan itu terasa hingga ke tulang som-som...


Alahai....millo CE pun sudah mengiau...ngiau....lapar plus kesejukan agaknya....CE berhenti dulu di sini.


Selamat petang sabtu. Daaa.....:))

3 comments:

  1. Un Phat Lee:
    memang sedap tido le...orang ketuk pintu bilik pun tak sedar..he he

    Heidi Shafiq:
    zaman skrg byk hujan asid...nak ke mandi? hu hu

    ReplyDelete

Terima kasih la comey..comey sekalian..:)