Followers

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday !




Opis sejukkkk sampai rasa ke tulang....*ketar*

Take a break with a cup of tea...!

hik..hik..hik....:p

Sunday, September 25, 2011

Alhamdulillah...Syukur Tak Terhingga Dengan Pemberian-Nya.

.

.


 Aku bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah....



Alhamdulillah syukur ke atas nikmat sementara di dunia ini yang telah diberikan oleh-Nya. Setelah harungi pelbagai cabaran dan dugaan di dalam bidang yang CE ceburi selama ini, akhirnya CE dah sah jawatan di tempat baru. 


Mungkin nampak "simple" aje bagi sesetengah orang...."alaa....dah dapat confirmation jawatan.....biasa la tuuu....." tapi bagi CE ianya amat bermakna tahu! heee...Bukan mudah nak dapat kerja yang terbaik dan kena dengan citarasa diri sendiri pada zaman sekarang ni...nak kena harungi pelbagai cabaran dan dugaan baru lah dapat yang terbaik. 


Kata orang lama...."berakit-rakit ke hulu, berenang - renang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian." cewahhh...berpantun pulak hakak...ahakz! ;P


Pemilihan tempat kerja tu biarlah dalam keadaan suasana yang selesa dengan diri kita. Barulah bersemangat sikit nak buat kerja...Nanti kang kalau tak 'selesa'...nak buat itu ini pun dah tak kena. Niat nak bekerja lagi la tak ikhlas tahu.... -.-


Setakat ini, CE kat tempat baru kira ok la....majikan, senior dan rakan-rakan sepejabat pun ok. (tak macam tempat lama, tak abis bayar gaji!). Alhamdulillah...berkat doa dan kesabaran agaknya. CE selesa di tempat baru ni. Esok-esok tak tahu la macam mana keadaannya. Harap baik-baik belaka. Dan yang pasti selepas di sahkan jawatan, tanggungjawab kerja CE makin bertambah-tambah....phewww~


psttt....eh maaf ya...ayat CE macam berterabur pula bila CE baca semula kat atas ni. Punya la lama tak update blog..dah tak reti nak mengarang ayat. Tapi awak-awak semua paham kan..kan..kan...apa yang CE nak sampaikan ni....heee...

Okbaiii....!





Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011


*

*

*


(sila gerakkan cursor anda ke pelita di dalam flash ini....TQ)



*

*

Dikesempatan ini CE, pemilik blog JEJARI KONTOT MENAIP nak ucapkan 

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011"

Kepada bloggerian dan pembaca-pembaca sekalian (macam la ada yang nak baca kan? huhu)

2nd Years kot CE letak flash hari raya Ayeem Ayam ni...kui kui....thanks!

okeh la nak pi layan tetamu. Ok baii~

^_^


Thursday, August 25, 2011

Kerja Opis Tak Siap. Apa Pun Tak Boleh!!

.

.

.

Salam pagi Khamis sahabat-sahabat sekalian.
Amacam Puasa? Berehhhh?? hehe
Semoga ibadah puasa kita semua diberkati oleh-Nya.
Amin.


Pagi yang sangat-sangat membuatkan CE gundah-gulana...T__T
Keje opis tak siap!!
Aigoooo..

Dikurniakan hanya 2 tangan dan akal yang masih waras.
Namun kerja yang diamanahkan menimbun-nimbun kekdahnya...koh koh koh
Tak tercapai CE tuk menyiapkan semuanya sebelum cuti berhari raya..

Sungguh meng'spoil'kan mood CE tuk beraya di kampung.
Bonus diberi tapi makin banyak kerja plak yang di beri.
Bukan tak bersyukur...........tapi..........

.

.

.


Arghh!!

Apa Pun Tak Boleh!




Kontot Sungguh Jari itewwww....ahakzzz!~






*Berehhhh = Beres/Ok

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday # 1

.

.

.





Walaupun hari Rabu hari kurang bercakap, tapi CE nak cakap jugak...

KENAPA BANYAK SANGAT KERJA???

MACAM MANA NAK RAYA NIIIIII???

Ok baiiii!!

T____T

.

.

.


Sunday, August 21, 2011

Tabung Saya


.
.

.

*tabung DSLR = susut byk !
*tabung tayar 4 roda = susut !
*tabung hari tua = susut !
*tabung perumahan = susut !
*tabung emergency+medical = susut jugak!
*tabung ehem-ehem = susut mencecah hampir ke angka zero!
*tabung harian = yilekkk!!!

hamboihhhh....abis semua tabung ko korek emy? homaigad!! T_T

Raya punya pasal. Pejamkan aje mata iteww...
Kawan-kawan semua macam mane? he he








.
.

.

Saturday, August 13, 2011

Salam Ramadhan

.

.



Manisnya Kurma itewww....

(pic kredit to google image)

.

.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian. Salam 13 Ramadhan.
CE harap masih belum terlambat tuk mengucapkan salam ramadhan, selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger dan rakan-rakan di luar sana. 
Persoalan pertama: Masih ingat pada CE?? Tolong....tolong.. jangan lupakan CE di sini...hehe.
Lama sungguh CE tak update blog.


Oh maafkan CE sebab dah lama tak 'blogwalking' ke rumah rakan-rakan blogger. Tersangat-sangat sibuk bila sudah bekerja. Terlalu banyak komitmen. Kalau ada pun CE buka blog hanya sempat menjadi 'silent reader'. Nak bagi komen lagi la susah CE ni......ihiks!


Terima kasih buat brader BRUTAL SOLO sebab selalu ingatkan CE hupdate blog......hupdate blog!
2 kali warning diberi.....huaa huaa

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita semua diberkati oleh-Nya. Amin.

:))

Friday, February 4, 2011

Puding Triffle

.

.

Salam semua.

Sebelum terlambat CE nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina dulu buat rakan-rakan blogger....and hepi holiday lorrr....:))

Hari ni hari Jumaat, Terengganu cuti lagi yea...harap maklum. Tapi, cuti ke tak cuti ke...semua tu sama aje bagi CE sebab haku ni bukannya bekerja punnn....24 hours/7 days cuti kauu....kah kah.

Oke. Since..tak ada nak buat apa kat umah di hari raya cina...CE cuba menerai buat puding triffle ni. Dah lama sangat tak makan. Sejuk-sejuk sedap jugak masuk tekak...ihiks!

Hajatnya nak merasa semulut...dua mulut aje...tapi tak kan la nak tinggal-tinggal bahan yang dah buka tu...so, kena la habiskan buat semua...phewww...

Opps! sebelum tu...CE baru terperasan...kebelakangan ni..entry asyik nak emo jekk kan?...feeling-feeling sedeyy gituuu....adoiii...hati sedang gundah-gulana kekdahnya uols...:((

Cuba tuk menghepikan diri dengan mencuba resepi masakan.....boleyy kann....ho ho


semangkuk besar...tak tahu la saper yang nak habiskan semua nih...:((



kunun-kunun nak kasi deco macam dalam blog masakan tu...
dalam gelas...sekali hampehhh jek hasilnya...kah kah


Ini lah hasilnya yang tak seberapa itewww....dah rasa satu dua mulut.....hmmm...terasa muak la pulok !

Ke haku yang tak reti nak buat??? hak hak hak...

Resepinya....korang boleh tengok kat sini.... Tak koser nak menaippp....

Gara-gara terpengaruh dengan triffle kak ummi ni....terus je nk ter'buat'...ha ha

Tapi CE tak de la ikut 100% resepi tu....buat mana yang ada kat dapur je...janji ada la rupanya triffle tu..keh keh keh..

Jadi ke..tak jadi ke...itu belakang kira...asalkan dah mencuba..heh heh

Kalau uols nak buat jangan manis-manis yea...nanti boleyyy potong kaki daaaa.....ngheeee~


.

.

Wednesday, February 2, 2011

Sayu Di Hati

.

.

Sedikit busy 4 hari baru-baru ni.

Kakak sulung CE ada balik. Balik cuti CNY katanya. Tapi sedikit awal dari orang lain. He he..

Tapi tak semua yang balik, hanya 3 beranak saje. Yang lain berada di asrama.

Pagi semalam kakak balik semula ke KL. Bergegas ke Bentong kerana ada perjumpaan IbuBapa pelajar PMR.

Ya. Anak keduanya (perempuan) bakal hadapi PMR tahun ini.

Sebelum berangkat pulang ke KL...Ada sedikit adengan di antara abang ipar dan ayah CE.

Semua terdiam dan senyap. Abang ipar yang CE panggil Abang Ma menangis sebak ketika bersalam-salaman dengan ayah.

Dipeluknya ayah dengan erat dan menangis sebak di bahu ayah. Lama.

Situasi pertama kali yang pernah CE lihat dalam hidup. Semua yang ada kelihatan sayu.

Anak bongsu kakak pun tergaman dan kepelikkan....budak-budak selalunya jujur dalam pertanyaan.

"ayah.....kenapa ayah nangis....?"

"kenapa ayah ?"

Berkali-kali diulangnya pertanyaan itu....

Abang ipar CE diam saje. Tiada jawapan.

Ayah cuba tenangkan dan nasihat Abang Ma. Bagaikan bapa dan anak kandung.

Anak kandung dan menantu dianggap sama sahaja di dalam family CE. Tiada prejudis. Adil dan saksama.

CE tak tahu apa yang berada difikiran Abang Ma ketika itu. Sedih sangat-sangat. Seolah-olah tak nak lepaskan dari pelukan ayah CE.

Apa yang boleh CE agak...dia terlalu rindukan arwah ayahnya. Terlalu rindu. Sebab itu dia lepaskan kerinduan itu pada ayah CE. Kami semua faham disitu.

Dia orang yang paling rapat dengan arwah. Dan ketika menerima berita kematian arwah tahun lepas, Abang Ma pengsan. Bayangkan la...orang yang kita jaga ketika sakit selama ini tiba-tiba meninggal bukan dihadapan kita. Tiap-tiap minggu dia pulang menjaga arwah di hospital N9. Soal kerja di tolak ketepi walaupun busy.

Dan ditakdirkan arwah meninggal ketika abang ma dalam perjalanan pulang ke KL selepas menjaga arwah. Namun berita kematian itu dikhabarkan beberapa jam selepas dia sampai di rumah KL. Family dia takut dia terkejut. Lagi pun dia tengah  memandu. Bagi dia berehat dan bertenang di rumah dahulu.

Abang ipar CE ini sangat baik orangnya. Tak pernah nak berkira. Kuat bekerja. Mungkin kepala asyik duk pikir masalah bisness dan ditambah dengan teringat pada arwah...dia tak dapat nak kawal perasaan. Hilang tempat nak mengadu..

Al-fatihah buat arwah Hj. Abu Bakar. Semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.

CE sayang dengan kedua-dua orang tua CE...begitu juga dengan anda bukan..? :)





~Selagi hayat dikandung badan...Sayangilah kedua-dua orang tua mu.....~


.

.

Friday, January 28, 2011

Pernah Alami Keadaan Sebegini?

.

.

Sukar tidur malam.


Mata baru aje nak terlelap, 2-3 minit kemudian, tiba-tiba diri terjaga dalam keadaan terkejut dan tersentak.


Tidur dalam keadaan tidak berlampu.


Tetapi diri terasa seperti ada sesuatu yang melihat.


Bila lampu dibuka, keadaannya tetap sama yang di alami.


Baca surah pelindung diri dan ayat kursi. Berulang kali.


Tidur sambil tangan memegang surah yassin. Genggam kuat-kuat.


Namun mata tetap tidak mahu pejam.


Akhirnya....hanya mampu tidur-tidur ayam sampai ke subuh !


Bilang sama kawan. Cerita serba-sedikit apa yang di alami.


Kawan : Kamu itu banyak berfikir. Minda tidak tenteram. Jangan lupa baca doa sebelum tidur. Sentiasa baca Al-Quran.


Saya : Ya....sudah saya lakukan semua itu. Juga memohon perlindungan Dari-Nya. Mungkin saya terlampau banyak berfikir. Diam.


*************


Hakikatnya sudah berminggu-minggu saya alami keadaan seperti ini. Mata saya kelihatan seperti beruang panda dan sembab gara-gara tidak cukup tidur!


.

.

Thursday, January 27, 2011

Kebuluran

.

.

Hai uols semua... dah lunch ek?

CE kebuluran hari ni...bangun je dari tido pagi tadi tetiba je terasa lapar sesangat...pehtu tengok atas meja makan. Hmm...jemput-jemput pisang sesajork mak bonda CE masak... kui kui...

Halamakkk...apa barang makan jemput-jemput pisang jekk...?? Padahal haku dah bedal berbijik-bijik masuk dalam perut...kah kah kah

Ahh....tak volley jadik nimm...mana cukup??...biasa-biasa menu makan pagi lebih berat lagi dari yang ini. Biasa-biasa nasi lemak ke...nasi minyak ke...mee goreng ke...oopppss...tu semua ayah CE beli je bekpas tuh. Tak koser mak bonda CE nak masak berat-berat tuk bekpas pagi. Lagi pun 3 beranakss aje kat umah ni. Kalau ramai yang ada kat umah baru dia masak sedap-sedap. So, makan je la apa yang ada tuk bekpas.

Oleh kerana perut dah kebulur...CE check peti es ada nugget tempura dan telur, check dalam kabinet pulak ada makaroni lebihan masa buat makaroni chess yang tak menjadi dulu-dulu...apa lagi...godek punya godek kat atas dapur....menjadik lahhh benda alah nihh......



.


.


.


.




tarraaaaaaaaaaaaaa!



makaroni goreng ye tuan-tuan...



kah kah kahhh.....menjadi makaroni goreng la pulakk bedahhh oii...

Skill campak-campak.....boleh la nak buat isi perut sampai ke petang kot...sebab hari ni ada pasar minggu...mak bonda CE memang tak masak hokeyy...dan dapur diistiharkan bercuti pada hari ini...keh keh..

Uols tengok memang tak menyelerakan punn...tapi hader aku kesah??? kah kah

Tapi kalau ada cheese yang cair kat atas dia tuh...mesti meletupppp...almaklumlah CE ni antu cheese..ki ki ki...

Brupppppppppp.......kenyang sudeyyy........

Bai.

.

.

Wednesday, January 26, 2011

Si Penganggur Yang Rajeennn (Puding Roti Karamel)

.

.


Apa?? Penganggur??? Aloohhh...CE cepat SENTAP hokkeyy bila dengar perkataan ni...uols sebut sekali sudeyy...grrr



Uols kenal tak apa ni? Inilah Puding Roti Karamel...


Hari Isnin aritu CE diberi sedikit kudrat dan iradhat beserta dengan kerajeeenann tahap so-so.....

Bila dah lama duduk kat umah...CE nak la juga feling feling seperti anak dara didapur gituhh....walaupun haku tak reti memasak... kah kah kah

Tak ada niat lain pun ...sekadar nak mengetehhh skill memasak yang tak berapa nak haderr...Hasilnya adalah seperti gambor di atas... dan juga melecur di jari gara-gara menyentuh gula karemel yang masih lagi berada di atas dapur...dengan menggunakan jari kontot ku ...sakit uolsss...:((

Tanpa bantuan sesiapa...menjadik la juga puding ni...resepi campak-campak sahaja. Sebab tu CE berani nak try... ha ha.

Namun ada rasa sedikit pahit di bahagian karamel sebab gula dia terlebih hangussssssss....kah kah. Tapi still lagi sedap untuk dimakan.. nak-nak bila baru keluar dari peti es....ihikss.. masuk lift tekan button tingkat 100 disitu...:))


Bahan-bahannya adalah :-


· 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
· 4 keping roti gardenia
· 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
· 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
· 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
· esen vanilla (1sk)


Cara-cara:-

  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. 
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. 
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam). 

*Gua cilokk resepi ni dari 'blog hanamemories' oke....mueehehe~
.


.



Tuesday, January 25, 2011

Di Gula-Gulakan...

.

.





Di mana ada gula di situ ada semut. Di mana ada semut di situ ada gula...


Ibarat kata, semut ni memang suka mentakedarah gula lah atau pun benda-benda yang manis!


Jika diberi seguni gula...abis seguni tu lah si semut nih duk kerumun dan diangkut bagai...ha ha


Tapi bila gula atau pun benda-benda manis dikaitkan dengan manusia...ianya amat lah merbahaya tuk kesihatan jika diamalkan secara berlebihan-lebihan.


"SATU SUDU SUDAH CUKUP. KURANG LEBIH BAIK"  

Ini antara kempen dari Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai salah satu cara mendidik rakyat Malaysia daripada pengambilan gula yang berlebihan. Oleh itu, marilah kita semua mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sejahtera...


Tapi, Apa yang CE pelik.....semut pun makan gula dan benda-benda manis juga..hari-hari ratah gula. Tapi nape tak kena kencing manis pun? Tak kudung pun kaki dia tuh??? tak gemuk pun dia??....ngheeee...


Hmmm....agaknya nak kena kaji enzim apa yang ada dalam badan semut ni...mana la tau kot-kot nanti boleh digunakan kat badan manusia pula...he he. Tapi ini semua adalah kekuasaan Allah s.w.t. Dia yang Maha menentukan setiap apa yang terjadi. Dan setiap yang terjadi itu adalah dari keizinanNya. Subhanallah..


.

.

Monday, January 24, 2011

Ayuhhh...Mari Membaca Wahai Anak-Anak Sekalian..

.

.



Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. Ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. Cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. Cahye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cahye cerah cempat culik copot. Copot cangat cuak. Ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. Ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahye cerah cucah cari ciput came copot. Ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu...cenyap... cenyap copot...". Copot cambung cakap, "copot cudah cenyap...ciput cenyap camelah...". Celepas cejam,cahye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. Ciput came copot cangat cuke cebab cahye cerah cudah chow. Copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot..."




Ohh pliss lahh...sape yang mereka karangan ni nih?? Sampaikan terkehel dan tergeliat lidah CE untuk menyudahkan pembacaan...ha ha ha






p/s: Teringat zaman-zaman sekolah rendah darjah 1 dan 2. Ada kawan perempuan CE yang pelat macam ni bila bercakap. Tapi terer sangat-sangat dalam kelas. Budak pandai. Tapi CE tak pelat hokeyy! ngeeee~


.

.

Sunday, January 23, 2011

Operasi Malam Ini

.

.

Huwaaaarghhh!!

Banyak giler pakaian yang tak berlipat cik emy oii...

So, nak kena hader kerajinan banyak lah malam ni ya....???

Kalau tak berlipat nanti CE tak dapat nak tidur atas katil....ha ha

Saper-saper yang rajhinnn tu...meh ler tolong melipat....banyak pahala tolong menolong ni weiii...

Huh...korang mesti nak jawab macam ni kan kan kannnn...






"banyak ler nak tolong...yang haku ni pun tak terlipatnyerr... #@!^%$*&^@!*^%$%* ..."





Ohh...maafkan saya....kita ni serupa ruper-rupernyerrr!....keh keh keh...






Saturday, January 22, 2011

JOM GEGAR BLOG !!

.

.



Header Blog Ben Ashaari.Com  <--- link dia di sini ya..:))





Assalamualaikum dan apa khabar readers semua? 

Hik hik... ada ke yang sudi baca blog ni...nghee~

Jika ada jutaan terima kasih diucapkan...;))



Hari ini CE tetiba plakss rasa terpanggil nak join segmen En. Ben Ashaari yang glamer itewww...kikiki




Rasanya dah lama CE tak join segmen dalam blog beliau. Hari-hari duk jadi silent reader je...

Kali ni teringin plakss.....lagi pun hari ni tak de kerja sangat nak buat. 

So, leh la layan segmen-segmen ni semua...he he



Terima kasih banyak-banyak ya En. Ben....kerana sudi adakan segmen ini.

^____^





Jemput singgah ke blog CE semua....tq....:)


.

.


I Really Miss This Budak Tecikkkk !!!

.

.


Hazeq Danial - 6 months ++





anak cina sesat...kakakaka




Hazeq Danial Mohd Zain...

Anak buah CE yang ke-11...

phewwww...ramai gila anak buah CE rupa-rupanya. Tapi yang ni paling kecik sebab yang lain dah besar dan dah sekolah pun....

Haihhh.....rindu gilakkk dekat budak tecik ni.....grrr!

Lambat betul cuti sekolah panjang....kalau tak dah lama hakuuu gomol-gomol budak ni...mueehehehe~

Ohh yaaa...tahun ini ada 2 orang anak buah CE yang akan mengambil peperiksaan besar. Sorang SPM dan sorang lagi PMR. Kedua-duanya adalah adik-beradik.

Dan tahukah kamu, CE juga mempunyai anak buah lelaki kembar. Boleh dikatakan baka keturunan kembar adalah sangat tinggi dikalangan ahli keluarga dan sanak saudara kami kerana arwah nenek CE sebelah ayah adalah kembar. Makcik, sepupu dan anak sepupu CE pun ada yang kembar.

Berdasarkan kepada pemerhatian CE, bagi mereka yang bergelar kembar ini...pasti akan menjadi perhatian orang ramai di mana-mana saja. Seronok bukan, dari kecil lagi sudah menjadi orang glamour....ha ha ha

Jika suatu hari nanti CE ditakdirkan mempunyai anak kembar....kamu semua nanti jangan terkejut mahupun panik ya....keh keh keh......hakuuu pun suka berangan dan kepingin nak ada anak kembar juga......ngheeee ~


Eh...Apa? Kamu bilang kamu pun teringin juga kah??? kah kah kah


Sekian.

.

.




Thursday, January 20, 2011

Fuhhh Lega..

.

.

Petang tadi baru lepas hantar resume kat hubby kawan CE. Apa jawatannya tidak pula CE  ketahuan...kah kah kah..

Namun masih lagi berkaitan dengan bidang kejuruteraan. Ahh..gasak aje lah di situ. Yang penting berani mencuba nasib.

Sebenarnya semalam lagi hubby kawan CE tu minta resume dihantarkan ke emailnya. Tapi CE ni macam biasalah suka buat kerja last minit ! acuh tak acuh...entah bila la nak serius buat keje. Last-last dapat private message FB pukul 6.30 pagi tadi. Kawan CE mitak resume tu dihantarkan dengan kadar yang segera. Sebab hubby dia nak tengok. Ahdoii....petangnya CE baru bukak FB. Dah berapa jam ketinggalan di situ. Mesti hubby dia tertunggu-tunggu. Rasa bersalah la pula. Padah buat keje ditunda-tunda...

Edit serba sedikit. CE terus send by email. Halamakkkk......internet pula slow...tetiba aje. Cuti raya depavali punya pasal. Ramai pengguna kot. Sabar aje lah hakuuu... Last-last dapat send juga dengan jayanya.

CE cuak sebab hari ini kawan CE cakap dah ada budak yang pi interview di syarikat tersebut. Sebab tu dia suh CE cepat-cepat hantar resume. Takut orang lain pula yang terpilih. Hubby dia nak tolong CE....tapi CE pula dengan sikap macam ni. Jika ada rezeki tak ke mana....tapi CE tak nak berharap sangat...takut frust menonggeng kalau tak dapat....buat-buat cool suda...hua hua...

Sekarang ni ada dua lagi borang kerja yang belom terisi. Due date dah dekat. CE macam biasalah...last minitttttttt.....dan tadi dah kena sound dengan ayah...sebab tak bersungguh-sungguh nak cari kerja. Terdiam sebentar. Pikir-pikir balik...betul jugak apa yang ayah CE cakap...










CE ni lambat dalam serba-serbi. Harap maklum.

kah kah..


.

.

Tuesday, January 18, 2011

Hari-Hari Job hunting. Best kah??

.

.

Hari ini seperti biasa, celik aje mata CE akan mengadap laptop check email...check email...dan check email. Pehtu bukak website kerja kosong...Pehtu send resume...resume....dan resume. Rasa-rasanya dan beratus-ratus dah CE apply kerja dan hantar resume. Satu pun tarakkk sangkut itu maaa.... manyak tarakkk ong ka??

Hari-hari CE pergi memburu. MEMBURU KERJA...bahasa omputihnya orang panggil 'job hunting'...huk huk huk..

Susah sangat ke nak dapat kerja? tapi..tapi....CE tengok orang lain senang je dapat kerja. Baru je masuk kerja 1-2 bulan dah dapat kerja baru. Senang pulak dapat tukar-tukar kerja. Murahnya rezeki. Bagi yang tak bekerja lagi ni just melopong aje lah tengok. Bukan tak usaha....tapi...tak ada rezeki lagi.

Agak tensen la jugak bila tengok status FB masing-masing duk bagitau pasal kerja. "otw meet my client"..."site project meeting"...bla bla bla bla....

Yang duk tayang gambor sedang bekerja kat opis lagi la haru....mau meraung bila tengok...tapi meraung dalam hati je la...seronok tengok orang lain dah dapat kerja...kongsi-kongsi pengalaman. Ada gak member-member yang bagi information dan tolong carikan kerja...cuma tak tersangkut je. Tempat kerja lama zaman dip dulu pun sudah di'usha'...CE ada la jugak risik-risik pihak sana. Mana la tau kot-kot ada kerja kosong. Tapi tak ada projek terbaru...so memang tak ambik pekerja baru la jawabnya...hu hu

Walau apa pun....usaha tetap usaha. Memang tak boleh nak give up dan pasrah aje.

Kena jadikan memburu kerja ni suatu keseronokan....kalau tak memang kita akan jadi "down" dan tekanan mental jika kita cepat mengalah. Angap saje rezeki besar sedang menanti di hadapan walaupun perit nak menunggu....alahaii...

So, bagi yang dah kerja tu tahniah la yea....tak kira la bagi yang dah lama kerja mahupun baru dapat kerja....sungguh bertuah kamu semua....;))


aipppp....saya busy...jangan ganggu...;p

.

.

Sunday, January 16, 2011

CE Kena TAG...

.

.

Untuk pengetahuan semua, CE telah di TAG oleh CINTA yang baru saja CE kenali di alam maya ini. Hari ni CE jawab soklan TAG aje lah yea. Ikutkan ada banyak lagi hutang TAG yang CE belum selesaikan. Tuan punya blog yang dah TAG CE itu pun CE dah lupa blogger yang mana satu. Duk tangguh-tangguh nak jawab last-last haku terlupa sudaa... Kira halal je lah ek uolsssss...kah kah kah


Baik lah kawan-kawan..ini dia soalan dan jawapannya.. CE jawab dengan ikhlas hokeyy....:))


soalan:
1.apakah hobi anda?
2.senaraikan tempat-tempat yang anda ingin pergi
3.sikap positif yang anda miliki
4.sikap negatif anda

jawapan:
1.Oh, hobi CE sekarang bela kucing (paling suka la ni), buat art and craft, jalan-jalan, kumpul tudung dan shawl tapi lately ni suka main masak-masak...apakah??
2.i wish to France & Japan....CE reti cakap france taww...bonjour! oh la la...:)
3.Erkk...ada ke ek? Jap nak pk...ermm...penyayang, suka tolong orang, pembersih...bla bla bla..
4.Pendendam tapi cepat maafkan orang, tak berkeyakinan tinggi, kedekut ada la kot skit-skit? ngheee~

oke, CE  nak tag rakan blogger di bawah.. korang sila la jawab hokeyyy...

1.Hanim Mahali
2.Kasih Arinah
3.Kak Yan
4.Kak Reen
5.Cik Lynda my buddy...he he


Sekian. Kacang arr soklan ! tak de yang susah lagi kewww...har har har!


Ok. Bai....masa untuk job hunting! masa itu emas! Arghhh...bila la haku nak bekerja nihh...grrr~


.

.


Friday, January 14, 2011

Madu...Madu....Senyumnya Manis Semanis Madu...Membuat Hati Selalu Rindu...ewahhh!

.

.

Sreeeettttttttttttttttttttttttt........bunyi pintu di buka....

Ermmm...dah tido ke semua? CE ni malam-malam baru leh update entry....siang hari busy skit...hu hu

Tadi CE baru je lepas minum air suam + madu lebah asli....bagus untuk kesihatan taww....

Sebenarnya ni semua arahan dari mak bonda sebelum masuk tido kena minum....aduhh....kepanasan plak haku lepas minum benda alah ni....penasaran gituhh ! ha ha

CE dah tengok lama dah botol madu tu kat atas kabinet dapur. Tak bersentuh pun. Mak bonda CE ni semuanya beli, pantang orang duk tawar skit kat dia...cepat cair hati...pastu apa lagik beli lah dia. Alih-alih malam ni dia suh CE minum madu tu. Tak de benda lain dah CE duk pikir...ni mesti nak suh CE abiskan cepat-cepat madu tu....ada la tu dia berkenan kat madu lain...tunggu masa jer nak beli ....taktik lama dah ni...kah kah kah

Ok..kat sini CE nak berkongsi info tentang kelebihan dan khasiat madu asli.CE gugel je info madu ni. Bukan madu orang ye kawan-kawan...heh heh


KHASIAT
  • MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH:
  1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
  2. Memulihkan sel-sel urat besar.
  3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  4. Merangsang tenaga batin.
  • MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH:
  1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
  2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih. 
  3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif. 
  4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.


KELEBIHAN
  • BAYI/KANAK-KANAK:
  1. Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
  2. Menyembuh dengan segera cirit-birit.
  3. Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
  4. Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
  • REMAJA:
  1. Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
  • WANITA:
  1. Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
  2. Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
  • LELAKI:
  1. Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
  2. Menguatkan tenaga batin.
  • PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
  1. Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
  • UNTUK SEMUA:
  1. Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
  2. Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.
  3. Memulihkan penyakit berpanjangan.
  4. Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
  5. Menyembuhkan penyakit dalam perut.
  6. Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
  7. Memulihkan batuk dan lelah.
  8. Menghindarkan badan letih dan lesu.
  9. Kurangkan kesakitan bila datang haid.
  10. Baik untuk perempuan bersalin.
  11. Membantu/menerangkan pemandangan.

Selain itu....madu juga boleh dijadikan sebagai halwa telinga ketika diri tak dapat nak tido lena......jommmm layan video ni......hua hua hua

Ok. Yang ini selingan sesajorkkk....keh keh




Best lagu ni....goyang-goyang badan...kiri dan kanan...ha ha



P/s: pstttt....dah banyak malam dah CE tak dapat tido lena.....takutttttttttt punyer pasal...ha ha


.

.



Tuesday, January 11, 2011

Apam Coklat Kukus

.

.

Amacam?? menjadi tak apam ni? heh heh



Sumber: Kak Nor Secubit Garam



Bahan-bahan :


1cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan minyak masak

1/2 cawan air

1bj telur

1/2 sudu kecil soda bikarbonat ( CE gantikan dengan ibu roti sebab tak ada soda bikarbonat....hu hu)

1 atau 2 sudu besar serbuk koko



Cara-cara penyediaan :

  1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih. 
  2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender. 
  3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. 
  4. Sedap dimakan panas2.


P/s: Pssstttttttt......CE ni tak pandai masak tau.. pestime cuba buat apam ni...nasib menjadi...keh keh keh


.

.



Monday, January 10, 2011

Bila La Aku Nak Bekerja Ni??

.

.

First sekali CE nak menangis dulu...........Uwaaaaaaaaaaaaa!!! Sob.. Sob.. Sob.... :((

Seriously hati ngah risau ni.....arghhh! kebanyakan budak-budak batch civil engineering CE dah dapat kerja pun! CE je belum.... tapi ada laa sorang dua yang belum dapat kerja lagi macam CE. Selebihnya sambung master...rata-rata semua dah dapat kerja lah....

Giler kentang ahh dorang ni.....cepat benor dapat kerja....laku syehh! Lagi la CE risau kot-kot nanti tinggal CE je yang belum dapat kerja.....mau pingsannnnn la ini macam ..!!

CE ni dah la tua dari dorang. Tua yang banyak gila (lambat sambung degree)... dorang yang tak pernah keje  sebelum ni pun cepat je dapat tawaran keje....adeiii laa...

CE ni tak de la banyak sangat pengalaman. Cuma sebelum sambung degree, CE pernah la keje dalam bidang construction lepas ambik kursus INSEP. Ingat boleh la kot nak buat bekal pengalaman time interview nanti. Tapi tak de pun company yang nak pandang CE ni....sedih giloss...:((

Tak tahu la kat mana yang tak kena. Resume kah? experiences kah? kelulusan kah? pening dah CE duk pikir ni... Sebelum konvo tu ada la jugak company yang panggil interview dan tawaran keje dari tempat praktikal. Tapi CE tolak bulat-bulat sebab masa tu CE duk busy nak ambik lesen keter. Mana nak kejar semua tu kan. Dah la 2 kali ambik lesen baru nak lulus...kah kah kah.

Orang cakap peluang hanya datang sekali saja. So, kita kena la grab cepat-cepat peluang tu. Lepas CE tolak semua peluang tu...terus rezeki tak mau mai dah...perghhh dah macam terkena sumpahan jek...! Tapi bagi CE...mungkin rezeki CE belum sampai lagi kot...tu pasai tak de tawaran keje lagi...kan kan kan??

Ni dah 2 bulan lebih kot CE menganggur tahap dewa dah ni lepas konvo... Tak larat dah nak duk melangguk macam ni kat umah. Nak keje part time kang takut family tak bagi pulakss... umur dah makin meningkat...pengalaman plakss kurenggg gitu.....mana orang nak ambik keje macam ni kan...hu hu hu

Ada kawan CE cakap umur bukan penghalang tuk dapatkan keje....alaaa...dia dah dapat keje tetap dalam gomen senang la cakap kan... tapi bila dia cakap macam tu, bersemangat la plak CE nak keje...sebab sebelum ni rasa macam tak yakin je...ho ho..

Hari-hari CE doa.....permudahkan la segala urusan CE ni....nak sangat kerja. Tak jadi engineer pun tak apa asalkan keje tu sesuai dengan degree CE... Abis mintak KPLI pun CE tak dapat? keje kat consultant pun tak dapat? civil designer pun tak dapat? kat construction company pun tak dapat! camner ni? CE nak kerja apa lagi ni.......alahaiii.....:((


psttttt......sesiapa yang ada keje kosong tu gitau la CE ek....bantu lah saya......:(


.

.

Saturday, January 8, 2011

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bersara

.


.


PENGUMUMAN....


YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah secara rasminya bersara pada 7 Jan 2011 setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun. Tempat beliau akan digantikan dengan Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66 yang dilantik sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.



Pengumuman puasa nanti dah tak kedengaran lagi suara beliau di kaca TV....

Beliau sangat berjasa kepada kita semua.

Pasti akan merindui suara beliau nanti.

Kerana dari kecil lagi CE dah terbiasa dengan pengumuman puasa dan hari raya dari beliau...he he



YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah 





Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang terbaru.

Selamat bertugas diucapkan....:)



Datuk Syed Danial Syed Ahmad




p/s: Apa-apa pun...yang lama mahupun yang baru..ianya  tetap akan dikenang dan dihargai sepanjang hayat...:))


.

.

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa Ku

.

.


Sedang diri asyik masyuk melayan FB

Hati bagaikan berbunga-bunga

Bertahun-tahun lamanya ku mencari dirimu

Akhirnya di sini kau ku temui jua....



Aiseyyyymannn.....

Mood memang gumbira

Bila terjumpa skandal lama.... ki ki ki



Tapi kenapa semuanya private????

Kalau tak boleh ku tahu perkembangan semasa.....

.

.

.

.

.

.


Ehh....dia ada FB lahhh....hik hik hik....

.

.

.

.

.

Sekali 'spoil' datang laahhhh

Bila ex-roomate bagitau si dia dah berkahwin dan dah ada anak

Terus mood jadi berubah

dan terus berubah....

Menangis mengenangkan kenangan lama



Mungkin sudah takdir begitu

Kau bukan miliku

Terasa menyesal bila menolak lamaran pertama

Kau terus menghilangkan diri

Membawa segala rajuk di hati 



Setelah bertahun-tahun, kita jumpa semula

Namun semuanya berubah dengan sekelip mata

Ingatkan masih ada jodoh di antara kita

Namun apakan daya

Semua itu ketentuanNya

Hanya Dia Yang Maha Mengetahui Setiap Apa Yang Berlaku....

Aku di sini pasrah sahaja dengan ketentuanNya...

Sudah bukan jodoh kita berdua


.

.

.


Sendu pilu di hati ku......



pstttt.....

Pada suatu ketika dulu CE pernah bermimpi tentang si dia.....

Ada sebatang jalan yang besar

CE nampak dia di seberang jalan dari kejauhan

Si dia hanya merenung dan melihat CE dari jauh

Sayu dan sugul sungguh wajahnya ketika itu

CE tak mampu bergerak mahupun memanggil dirinya

Sayangnya mimpi itu hadir seketika cuma

Yang pasti CE menangis teresak-esak selepas terjaga dari mimpi tersebut



Mimpi itu mainan syaitan bukan?

Namun kadangkala ianya boleh membawa maksud sesuatu kepada diri kita

Mungkin mimpi itu membawa maksud yang si dia bukan milik CE?

Wallahualam....




Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikkan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allahlah yang lebih mengetahui. Justeru, kita perlu berusaha menerima sesiapa sahaja yang telah Allah catatkan namanya untuk menjadi pendamping kita. InsyaAllah.



.

.

Thursday, January 6, 2011

Hujan....

.

.




6-1-11


Hari ini hujan lebat sungguh. Tak berhenti-henti. SEJUK usah cakap ler. Nak pijak lantai pun takut-takut. Bila cuaca sejuk...perut pun sentiasa lapar, berbunyi-bunyi minta diisi. Padahal 20 minit sebelum tuh dah makan pun! Dasar kebuluran ke haper CE ni??  kah kah kah...


Menurut ramalan cuaca...hujan akan berlarutan sampai ke hari SABTU ! ermm...bagi yang tinggal di kawasan rendah di harap berjaga-jaga lah yer....kena lah standby kot-kot banjir...tapi mintak jauh lah tu semua kan...ada sahabat-sahabat CE yang dah berkeluarga pun dah duk risau tu. Takut umah dorang masuk air. Sebab dah ada pengalaman umah masuk air bila time hujan lebat. Alahai..kesian juga...anak-anak kecik lagi. Nak buat itu dan ini. Mana nak kejar masa tu semua...


Sahabat-sahabat CE ni tinggal di area bandar....so, macam tak best la kan bila area bandar pun boleh banjir...Time hujan lebat sikit, mula lah naik air. Bila dah naik air harap maklum lah semuanya ya... LONGKANG. Faktor longkang yang menjadi perkara utama di sini. Sahabat CE cakap saluran longkang di kawasan rumahnya kecik. Bila hujan lebat...air tak sempat nak mengalir dengan baik. Makanya...melimpah keluarlah semuanya....itu pasal umah dia banjir ! hu hu hu


Solution engineering yang CE bagi pada sahabat CE tu adalah dengan membina tembok di luar pintu dapur rumahnya. Tak perlu tinggi...asalkan dapat melangkah keluar. Tapi hubby dia dah buat pun tembok batu tu. Cuma sahabat CE tu takut kalau-kalau air longkang yang keluar melebihi paras tembok yang dibina di depan pintu tu...alahai..nasib badan la kan....kalau jadi macam tu...


Ohh ya....sejuk-sejuk macam ni asyik nak makan je kan. Ingat nak menguli-uli doh donut. Tapi rasa macam tak sanggup plaks nak duk lama-lama kat dapur tu....sejukkkkk......terketar-ketar kalau terkena air ni...so beli kat pasar malam aje lah hari ini.....hujan pun sanggup diredah bila perut dah lapar sangat...


Dasar pemalas kan CE ni...keh keh keh...

.

.

Wednesday, January 5, 2011

Opick - Allahu Ya Salam

.

.






Syahdu je bila dengar lagu ni.....

kata-katanya indah......:)


.

.


Saturday, January 1, 2011

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia

.

.



KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA






p/s: teringat cerita drama tv adamaya yang meletoppss tu....al-fatihah...
.

.

1.1.11

.

.





Pertama sekali, CE ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 buat anda semua.

Semoga tahun baru ini membawa 1001 keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua.

Amin.....





psttt....cantik pula no. 1.1.11...sekali seumur hidup je jumpa no. ni...hu hu hu....

.

.