.
.
Sedikit busy 4 hari baru-baru ni.
Kakak sulung CE ada balik. Balik cuti CNY katanya. Tapi sedikit awal dari orang lain. He he..
Tapi tak semua yang balik, hanya 3 beranak saje. Yang lain berada di asrama.
Pagi semalam kakak balik semula ke KL. Bergegas ke Bentong kerana ada perjumpaan IbuBapa pelajar PMR.
Ya. Anak keduanya (perempuan) bakal hadapi PMR tahun ini.
Sebelum berangkat pulang ke KL...Ada sedikit adengan di antara abang ipar dan ayah CE.
Semua terdiam dan senyap. Abang ipar yang CE panggil Abang Ma menangis sebak ketika bersalam-salaman dengan ayah.
Dipeluknya ayah dengan erat dan menangis sebak di bahu ayah. Lama.
Situasi pertama kali yang pernah CE lihat dalam hidup. Semua yang ada kelihatan sayu.
Anak bongsu kakak pun tergaman dan kepelikkan....budak-budak selalunya jujur dalam pertanyaan.
"ayah.....kenapa ayah nangis....?"
"kenapa ayah ?"
Berkali-kali diulangnya pertanyaan itu....
Abang ipar CE diam saje. Tiada jawapan.
Ayah cuba tenangkan dan nasihat Abang Ma. Bagaikan bapa dan anak kandung.
Anak kandung dan menantu dianggap sama sahaja di dalam family CE. Tiada prejudis. Adil dan saksama.
CE tak tahu apa yang berada difikiran Abang Ma ketika itu. Sedih sangat-sangat. Seolah-olah tak nak lepaskan dari pelukan ayah CE.
Apa yang boleh CE agak...dia terlalu rindukan arwah ayahnya. Terlalu rindu. Sebab itu dia lepaskan kerinduan itu pada ayah CE. Kami semua faham disitu.
Dia orang yang paling rapat dengan arwah. Dan ketika menerima berita kematian arwah tahun lepas, Abang Ma pengsan. Bayangkan la...orang yang kita jaga ketika sakit selama ini tiba-tiba meninggal bukan dihadapan kita. Tiap-tiap minggu dia pulang menjaga arwah di hospital N9. Soal kerja di tolak ketepi walaupun busy.
Dan ditakdirkan arwah meninggal ketika abang ma dalam perjalanan pulang ke KL selepas menjaga arwah. Namun berita kematian itu dikhabarkan beberapa jam selepas dia sampai di rumah KL. Family dia takut dia terkejut. Lagi pun dia tengah memandu. Bagi dia berehat dan bertenang di rumah dahulu.
Abang ipar CE ini sangat baik orangnya. Tak pernah nak berkira. Kuat bekerja. Mungkin kepala asyik duk pikir masalah bisness dan ditambah dengan teringat pada arwah...dia tak dapat nak kawal perasaan. Hilang tempat nak mengadu..
Al-fatihah buat arwah Hj. Abu Bakar. Semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.
CE sayang dengan kedua-dua orang tua CE...begitu juga dengan anda bukan..? :)
~Selagi hayat dikandung badan...Sayangilah kedua-dua orang tua mu.....~
.
.
Followers
Wednesday, February 2, 2011
Sayu Di Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
aidiladha
aku dan dia
aku geram
anak buah
apa-apa aje
apam coklat
ayam goreng berempah
bahasa
balik kg
banner baru
ben ashaari
Berita Artis
borak borak
bosan
cantik dan sihat
cinta
cinta aku dan dia
contest
derma
dompet
Dr.angkasawan
emy's kitchen
fakta atau auta
Family
fb
game
happy birthday
hari raya
hari raya Aidilfitri
hasrat di hati
header
hujan
iklan tv
info
JPJ
kasut
Kata nasihat
kehidupan
kereta
kerja
kesayangan hamba
konvokesyen uthm
kpli
kucingku
kursus kahwin
lesen
lirik
lirik lagu
Lulus
makan-makan
makaroni goreng
manik
menganggur
Merdeka
MTeST-KPLI
pedih ulu hati
penganggur
perkahwinan
proton inspira
puasa
Puding Roti Karemel
Puding Triffle
puisiku
puisiku ana abadi
Ramadhan
rasmi blog
raya
redha
renungan
resume
segmen
shopping
special delivery
syukur
tag
tahun baru
takoyaki
target
template
test jpj
testing Tutorial
tetamu istimewa
tips cantik dan sihat
tukar background
ubi keling
under construction
usia
video
wordless wednesday
yang tersayang
al fatihah utk arwah ayah abg ipau CE..
ReplyDeleteabg ipau CE baik..
susah nak dpt abg ipau baik mcm tu skrg..
@cikceriacorner
ReplyDeleteterima kasih cik ceria.
ya..dia memang seorang yang baik hati..banyak tolong CE sekeluarga..:)
al fatihah..
ReplyDeleteorg ni syg baba and ma..selamanya.. huhuhu.. so sad baca entri ni.. hm..
apepun..may ALLAH bless famili CE..
al fatihah
ReplyDelete:)
semua pun akan pergi
cuma taktahu bila
tabahkan hati yer
...
selalu org yg baik baik
Allah sayang
terharu baca entri ni
.
Teringat pula arwah Ayah saya...
ReplyDeleteAl Fatihah untuk arwah arwah semunya..
Rakyat Malaysia baca 2 buku setahun
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha wat hj abu bakar tewwww
ReplyDeleteal fatihah...
ReplyDeletesemoga abang ipar CE terus tabah...
kite juga kene sentiasa hargai mak ayah kita selagi nyawa di kandung badan...
Al-fatihah.Semoga abang ipar CE tabah , semua orang sayangkan ibu bapa mereka, jadi sementara mereka masih bernyawa, berikan mereka kasih sayang yang sewajarnya.
ReplyDeletealfatihah utk beliau..
ReplyDeletesemoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan solehin