.
Bismillahirrahmanirrahim.
Pejam celik.. pejam celik.. terasa bagaikan sekejap sahaja masa berlalu. Antara sedar dan tak sedar tahun 2010 bakal melabukan tirainya. Bila tirai sudah dilabuhkan pastinya pintu 2011 akan dibuka. Buka seluas-luasnya seiring dengan azam setahun sekali yang disusuli dengan usaha dan istiqamah.
Pastinya pelbagai kisah dan memori suka dan duka yang terlakar di dalam diri anda semua. Begitu juga dengan diri CE. Tahun 2010 memberikan CE suatu pengalaman yang manis yang kadang kala diselitkan dengan pengalaman pahit. Sebagai hambaNya, CE jadikan yang pahit itu sebagai pengajaran dan pedoman hidup dikemudian hari. Kerana CE tahu... Dugaan itu sentiasa berlaku di mana-mana saja dan kita sebagai hamba-Nya kena cekal menghadapinya dengan tenang. Tuhan sayang kita sebab itu kita diuji. [tersenyum]
Sepanjang tahun 2010 ini juga, tiada apa yang dapat CE kongsikan di sini melainkan pengalaman bergelar sebagai pelajar tahun akhir di sebuah universiti selatan tanah air. Dan Alhamdulillah, berkat azam yang kuat beserta doa dan dorongan kedua ibubapa, keluarga dan rakan taulan...CE berjaya memegang segulung ijazah setelah 3 tahun lamanya bergelumang dengan buku pelajaran. Dengan usia yang sebegini, CE bergaul dengan adik-adik di dalam kelas....namum ku tekadkan jua hati ini untuk menimba ilmu demi kesenangan di masa hadapan...kikiki...[ku bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah..]
Dan untuk tahun 2011 yang bakal menjelma...tiada apa yang CE ingin melainkan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan serta sentiasa dimurahkan rezeki. CE mohon agar diberikan pekerjaan yang lebih baik di tahun baru ini...CE juga mahu belajar dan berusaha untuk menjadi manusia yang matang dan muslim yang lebih baik...Soal jodoh pula, itu adalah ketentuanNya. Jika sudah sampai masanya..CE terima jodoh CE itu dengan hati yang terbuka...[malu tapi mahu...kikiki]. Namun susah juga untuk membuat pemilihan yang tepat di hati ini kerana ketika diri memerlukan tiada siapa yang ingin mendampingi dan ketika diri tidak memerlukan, ramai pula yang ingin mendampingi....pening..pening...dugaan itu pastinya sentiasa ada....[bertabah lah CE !]
Akhir kata, semoga Allah Taala permudahkan urusan CE di dunia dan di akhirat dan begitu juga dengan diri anda yang sedang membaca entry ini..amin.. ^___^
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 DARI CE.....:))
.
.
.
.
lembaran untuk tahun baru. semoga impian tercapai... ^_^
ReplyDeleteselamat tahun baru emy..=]
ReplyDeleteselamat tahun baru dear. :)
ReplyDeletepsst..lawa rumah baru. :D
[hanim]
ReplyDeletehappy new year hanim...:)
[gadisbunga]
ReplyDeletehappy new year to GB...:)
haha..umah kiter simple2 je tahun ni...kikiki
[cik lyndawawa iguana]
ReplyDeleteselamat tahun baru wawa...:))