Followers

Tuesday, September 28, 2010

Awak...

Awak...
apa khabar awak di sana?
saya harap awak sihat dan berbahgia hendaknya
mungkin juga awak sedang berbahgia dengan si dia
 jika itu yang berlaku saya doakan awak dengan si dia
"semoga bahagia dunia dan akhirat"

Awak...
dari semalam lagi saya tak dapat tido
pejam celik asyik ingat kat awak je
awak pun mcm tu juga ke?
mungkin saya hanya bermimpi agaknya
jika awak tak dapat tido disebabkan saya

Awak...
sudah dua tahun kita berpisah
selama itu juga lah saya tidak melihat awak
selama itu juga lah saya tidak mendengar suara awak
tapi kenapa saya tetap tak dapat lupakan awak
makin cuba tuk melupakan
makin kuat pula ingatan saya pada awak
ermm....penangan sungguh cinta pertama saya ini

Awak...
awak ingat tak masa kita bersama dulu?
saya betul-betul jatuh cinta dengan awak
awak lah soulmate saya masa tu


terasakan awak bagaikan putera saya
dan saya pula puteri awak
awak, bahagianya saya masa tu

Awak...
setiap masa awak sms dan call saya
setiap malam kita akan begini
 berjam-jam lamanya
panas telinga pun tak apa


membicarakan soal hati dan cinta
walaupun saya tidak tahu apa itu cinta sebenarnya
jika saya ada masalah tentang pelajaran
awaklah pendengar setia saya
awak suruh saya bangkit
awak memberi saya kata-kata semangat
sungguh bertuah saya masa tu

Awak...
saya begitu teruja bila awak menyatakan ini kepada saya
awak berjanji dengan saya
malu saya dibuatnya
dalam hati saya berdoa awak lah jodoh saya
walaupun saya tahu famili tak berapa suka 


Awak...
kini semuanya sudah berlalu
memang kita tiada jodoh rupanya
dalam pada saya berhempas pulas 
dengan pelajaran di selatan tanahair
awak pula tetiba sahaja buleh jatuh cinta dengan si dia
patut la awak dah lama tak call saya
sms pun dah jarang
sebulan saya tunggu sebulan itu lah awak menjauhkan diri dari saya
bila saya tanya awak kata banyak kerja
kena kerja kuat tuk sara keluarga 
sebab awak anak sulung

Awak...
jangan ingat saya bodoh
saya tahu punca segala-galanya
awak dah ada orang lain rupa-rupanya
bila segala temberang awak pecah
akhirnya awak mengaku
awak kata tak boleh nak teruskan hubungan ini
sebab saya tinggal jauh dan
tak boleh sentiasa bersama seperti pasangan lain
ya..memang saya jauh
tapi saya jauh sebab menuntut ilmu
itu semuakan untuk masa depan kita juga..

Awak...
awak tahu tak...prempuan tu merayu supaya lepaskan awak
terkedu saya...saya tak tahu nak buat apa
kusut dibuatnya...pelajaran saya terabai
awak hanya mampu berdiam diri 
membiarkan cinta tiga segi ini berlarutan
membiarkan pertelingkahan di antara kami terus berlaku
betapa dayusnya awak..!!

Awak...
akhirnya saya mengalah
sebab saya tahu tak guna saya terus pertahankan awak
sebab awak memilih dia dan bukannya diri saya
ada baiknya saya tumpukan pelajaran saya
sebab saya nak capai cita-cita saya
cinta dunia hanya sementara
ada cinta yang lebih hakiki
iaitu cinta pada-Nya

Awak...
alhamdulillah...saya kini makin hampir ke tahap itu
menggenggam segulung ijazah yang diimpikan selama ini


walaupun kita tak dapat bersama 
meraikan detik-detik kejayaan itu
saya tetap berterima kasih kepada awak
sebab awak pakar penasihat dan motivasi saya
kalau tidak kerana kata-kata awak
belum tentu saya dapat merasa dan capai semua ini

Awak...
terima kasih di atas segala-galanya
walaupun hanya sementara kebahagiaan itu
awak tetap berada di dalam ingatan saya... :)


With love,

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih la comey..comey sekalian..:)