Followers

Sunday, November 21, 2010

Ayam Goreng Berempah Mabelesss

Assalamualaikum dan apa khabar uolls semua....


Baik lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian..."hari ini cik emy nak berkongsi resepi air tangan my mom dengan anda semuaaa...kaedahnyaa..." (Wahhh kemain lagi aku ni kan...kalah chef wan, two, three..muehehe..). Tapi yang pastinya, sekali cuba pasti terangkat uolls...cik emy tak tipuuu...betol2 ni....ahaks !


Dan untuk pengetahuan korang semua....ini bukan lah sebuah blog resepi ! sekali lagi diingatkan bukan blog resepi ya. Ini adalah blog " Ini Bukan Igauan Tapi Sekadar Picisan Kehidupan !"..jangan salah faham ya uolls...haaa...macam nak promote blog plak cik emy ni kannn....? *padahal aku memang nak promote blog pun...blog aku kan...ada aku kesahhh??? keh3x....


Cik emy bukannya apa...bila tengok blog orang lain tempek macam-macam resepi dari timur ke barat...utara ke selatan...cik emy pun teringin la jugak kan...kata orang sekadar nak mengvariasikan penulisan blog...giteww...ehh ada ke perkataan mengvariasikan? ahh lantak ler...kalo salah korang betolkan sendiri lah ya...ekekeee...


Tapi ada kebaiknya juga bila macam ni, sebab berkongsi ilmu itukan satu amalan mulia. Lagi satu..cik emy ni jenis pelupa orangnya. Almaklumlah otak dah tua tapi orangnya still gojess lagi yaa...ouchh! Oleh kerana mudah lupa, bila dah tempek-tempek resepi kegemaran kat dalam blog sendiri, secara langsung ianya bertukar menjadi dairi resepi buat diri cik emy. Haa...kan senang tu...bila terasa nak main masak-masak, cik emy bukak je la entry emy's kitchen ku ini tengok semula resepi-resepi. Mudah bukan? Semudah ABC... Biasa la tu kan...cik emy ni jenis jarang-jarang je masuk ke dapur mana la nak ingat kesemua resepi tu! Tapi bila main masak-masak satu pun tak menjadi....T__T


Perghh...panjang pulak entry kali ni... Korang bukannya nak baca pun blog buruk ni. So, cik emy nak berkongsi resepi AYAM GORENG BEREMPAH MABELESSS. Ha ha..Ikut suka cik emy je taruk nama kan...padahal sama je macam ayam goreng berempah yang korang biasa makan tu...saja je nak kasi glamer-glamer skit...apa..korang ingat ayam goreng berempah ni tak ada perasaan ke? keh..keh..keh... Ini resepi simple-simple sahaja. Sesuai la untuk cik emy yang baru berjinak-jinak nak belajar main masak2... Cik emy tahu...korang lagi terer bab masak memasak kannn.....huhuhu


 
Sekali lagi gambar hiasan dari pakcik gugel sebab tak sempat nak snap gambar. Rakyat jelata ramai kat umah...sekali ngappp je dah abis licin...ha ha. Tapi resepi ni lebih kurengg macam ni la rupanya...sedap lagi yang my mom buat...he he he


Bahan-bahannya adalah :-)

Bawang merah **
Bawang putih **
Halia **
Serai **
Daging ayam (sila potong dulu ya..)
Rempah kari daging Baba's
Serbuk jintan (tak letak pun tak apa)
Garam
Minyak masak (gunakan minyak sayur tuk jaga kesihatan...hehe)


Cara-cara membuatnya :-)
  1. Satukan kesemua bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama dengan rempah kari daging Baba's.
  2. Masukkan garam dan bahan perasa (jika perlu).
  3. Gaulkan bahan-bahan di atas bersama-sama dengan daging ayam yang telah dipotong.
  4. Perapkan seketika.
  5. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga garing.
  6. Sedia dihidangkan.

petunjuk ** : dikisar


SELAMAT MENCUBA UOLLS.....:))

1 comment:

Terima kasih la comey..comey sekalian..:)