Followers

Tuesday, November 16, 2010

Tips Kecantikan daripada Hanis Zalikha??

Hi all...Apa khabar? Esok nak raya haji kan....Slmt Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin diucapkan untuk anda semua. Semoga kita semua diberkati oleh-Nya.. amin.


Ok lah, sepanjang aku berblogger, aku ni suka sangat duk terjah blog aweks-aweks cantik. Pantang ternampak yang cantik2 mesti nak terjah. Sikit-sikit nak terjah. Tp si cantik-cantik ni tak de pun nak terjah aku..hik3x...Tapi ini bukan bermakna aku ni seorang lesbian/gay ya.. Aku terjah krn bersebab. Oleh krn aku ni suka kpd benda-benda yang cantik mestilah aku nak korek2 rahsia dorang kan? Dah sifat aku kot...asyik nak cantik jer wlpn hakikatnya bukan seorang yang cantik...huaaaa....T___T


So, byk juga la blog-blog si cantik yang aku duk terjah antaranya si cantik Hanis Zalikha ni...dah namanya model mesti lah cantik kan...hik.hik..:))


Blog-blog si cantik ni memang tak kedekut ilmu kecantikan la bagi aku. Macam-macam tips dari hujung rambut hingga lah ke hujung kaki yang dorang kongsi. Dan menjadi satu trend kot, blog-blog si cantik mesti ada buat entry tentang kecantikan. Rata-rata begitu lah yang aku duk perhatikan. Tak kurang juga yang buat demo camner nak pakai tudung and so on lah....huhu


Bagi aku bagus juga la kan...boleh la jgk aku try tips-tips dorang tu...menjadi ke tak menjadi itu belakang kira la....yang penting aku dpt cantik mcm dorang semua....erkk..boleh kewww??


Kat sini aku nak kongsi tips2 daripada blogger Hanis Zalikha. Tapi secara random lah ya..mana-mana yang aku berkenan nak kongsi kat blog aku ni...hehe..

zassssssss.........



@ Pakai Toner/penyegar sebelum memakai mosturizer dan juga memulakan make-up. Ini adalah krn toner/penyegar berfungsi utk menutup liang roma anda.

note: aku sbnrnya dah lama tak pakai toner..patut la liang roma muka aku semcm terbuka jek...huhu



@ Skrub muka 3 kali seminggu. Skrub yang wajar dipromosikan di sini ialah Syahirah: Gel Pengelupasan.

note: sblm ni aku bedal skrub muka 2 kali sehari...agak2 boleh tak Hanis?? nanti nk try gel pengelupasan tu lah..hehe 


@ Beli 'body scrub' dan skrub kulit yang kusam. Yang orang paling selalu terlepas pandang ialah keperluan meng-skrub siku dan lutut.

note: ok..yang ni aku malas2 skit nak buat...setakat bahagian yang mampu disentuh je laa..haha


@ Buat bicycle kick sebelum tidur untuk kaki cantik.


note: tak pernah pulak aku dgr senaman ni...camner ekk?? mcm tendang bola ker??


@ Jangan cukur bulu ketiak kerana ia akan menggelapkan kulit di bahagian tersebut. Sebaiknya pergilah wax.

note: huaaaaaa.....inilah yg sdg aku alami....tak tahu camner solution nyer. Korang ada tak petua tuk atasi benda ni??? plisss...T__T




@ Letak bedak di bantal sebelum tidur (untuk kurangkan minyak dan berbau harum)

note: akan cuba slps ini...hik..hik...


@ Basuh rambut selang sehari dan basuh pada waktu malam sahaja.


note: erk...rimas la plak kalo x basuh kepala....


@ Makan buah sblm makan nasi supaya tak teringin makan byk nasi.

note: dah cuba tips ni...sgt berkesan...:))




Ok lah...sebenarnya byk lagi tips2 yang aku nak kongsi bersama tapi aku dah penat nak tempek-tempek kat entry aku ni....korang cekidaut sendiri la kat blog Hanis Zalikha tu....ngehhh3x.....:))


Selamat mencuba ya......:))

3 comments:

  1. wah wah wah kak emi ... pas ni makin pemes la belog akak ... hehehe...

    ReplyDelete
  2. ai pun nak cantik gaa aa...
    :">


    Cantik dalaman maka cantik la luaran.
    Don weri..

    ReplyDelete
  3. @hanim: mana ada femes pn....

    @aujinz: yg penting cantik dlm dulu kn..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih la comey..comey sekalian..:)